Seagate hasilkan HDD khas CCTV

Seagate Technology plc, peneraju dalam teknologi storan, mengumumkan HDD Pengawasan khusus pertama dalam industri yang mempunyai perkhidmatan Rescue Seagate – HDD Pengawasan Seagate. Direka khas untuk pemantauan dan analitik aplikasi video, HDD Pengawasan ini adalah pemacu bertaraf dunia yang menggunakan perkhidmatan pemulihan direka untuk memulihkan data daripada kegagalan yang tidak sengaja atau berniat jahat, mengekalkan sistem dengan lebih lama di dalam bidang dan mengurangkan perbelanjaan selepas penggunaan.

“Lebih daripada 413 petabit data dihasilkan hanya dalam tempoh satu hari melalui kamera video pengawasan yang dipasang di seluruh dunia pada 2013 – iaitu 150,000 petabit data setiap tahun, yang mana kebanyakannya disimpan dalam sistem pengawasan berkapasiti tinggi untuk kegunaan arkib atau analitik video,” kata Scott Horn, Timbalan Presiden Pemasaran Seagate. “Data tersebut adalah tidak ternilai kepada pengguna. Jadi, apabila kehilangan data berlaku, ia merupakan perbelanjaan kepada pelanggan. HDD Pengawasan Seagate dengan perkhidmatan Rescue terus menangani isu tersebut dan mengurangkan masalah ini.”

Perkhidmatan Rescue Seagate biasanya boleh memulihkan data dalam tempoh dua minggu bergantung kepada jenis pemulihan – dengan kadar kejayaan lebih daripada 90 peratus. Diaktifkan semasa pembelian, pelan penyelamat menyediakan tiga tahun pemulihan data pada kos yang sewajarnya untuk mendapatkan semula data yang terhilang disebabkan oleh virus komputer atau bencana alam dan lain-lain lagi.

Sebagai HDD Pengawasan generasi ketujuh yang optimum, pemacu tersebut kini meningkatkan kapasitinya sehingga 6TB dan boleh menyimpan sebanyak 600 jam video HD menjadikannya pemacu berkapasiti paling tinggi yang direka khusus untuk aplikasi pengawasan. Pemacu ini juga dilengkapi dengan pilihan untuk sensor getaran putaran (RV) membolehkannya berjalan dengan lancar dalam sistem sebanyak 16 cakera, menjadikannya sesuai untuk perniagaan kecil hingga sederhana, yang biasanya tidak mempunyai sokongan IT, tetapi dimana simpanan pukal untuk video HD dan backup adalah sangat bernilai.

Direka untuk menyokong rakaman pengawasan daripada beberapa kamera tanpa mengambil kira keperluan resolusi mereka, HDD Pengawasan menyokong sebanyak 32 saluran dan untuk mengendalikan beban kerja menulis lebih tinggi yang diperlukan oleh sistem pengawasan dengan mudah. Cakera tersebut menyokong beban kerja streaming yang besar untuk tempoh masa yang panjang dan mencapai arkib industri dan keperluan resolusi. Ciri-ciri ini, bergabung dengan pilihan sensor R/V dan perkhidmatan Rescue Seagate, meningkatkan prestasi cakera dalam multi-cakera dan sistem RAID serta meningkatkan nilai data pengawasan dengan memberi integrity data setinggi mungkin.

Dengan kebolehpercayaan yang terunggul di industri, HDD Pengawasan tersebut mempunyai sejumlah 1 juta jam MTBF, (min masa antara kegagalan) yang membolehkan produk untuk disimpan di dalam bidang dengan lebih lama di samping mengurangkan kos penggunaan bidang dan memastikan pengekalan pelanggan. Cakera ini juga dicipta untuk penggunaan kuasa dan pelepasan haba yang rendah memberi pembekal penyelesaian menyediakan fleksibiliti reka bentuk yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai HDD Pengawasan Seagate dengan perkhidmatan Rescue Seagate sila layari: Seagate RESCUE. HDD Pengawasan Seagate boleh didapati sekarang dalam kapasiti 1 – 4TB. Manakala konfigurasi 5 – 6TB boleh didapati pada akhir tahun 2014.

Surveillance-6TB-HDD-Dynamic Surveillance-6TB-HDD-Upper-Hero-Left

%d bloggers like this: