Kaspersky berjanji membantu INTERPOL dan EUROPOL

Baru-baru ini, Kaspersky telah menandatangani perjanjian dengan INTERPOL serta menandatangani memorandum persefahaman dengan EUROPOL untuk mengukuhkan kerjasama antara kesemua pihak terlibat bagi mengatasi jenayah siber.

CEO Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky dan juga Setiausaha Agung INTERPOL, Ronald K. Noble menandatangani perjanjian kerjasama antara dua pihak bagi membekalkan produk, maklumat risikan dan sokongan berterusan bagi INTERPOL Global Complex for Innovation (IGCI) di Singapura.

Kemudiannya, Eugene Kaspersky bersama Troels Oerting, Penolong Pengarah Europol dan Ketua Pusat Jenayah Siber Eropah (EC3), menandatangani memorandum persefahaman antara Kaspersky Labs dan agensi penguatkuasa undang-undang EU bagi merapatkan lagi kerjasama antara kedua pihak. Upacara penandatangan ini kedua-duanya bertempat di Singapura, yang menjadi hos INTERPOL-Europol Cybercrime Conference pada 1–3 Oktober 2014

Di dalam perjanjian dengan INTERPOL ini, Kaspersky akan menyalurkan hasil risikan ancaman mereka termasuk menyediakan perkakas dan perisian untuk membangunkan dan menjalankan makmal forensik digital IGCI. Kaspersky juga akan meletakkan pakar utama analisa malwarenya buat sementara di IGCI.

Ronald K. Noble bersama Eugene Kaspersky

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: