INOX Jam Tangan bergaya dengan gred tentera

Victorinox merupakan satu syarikat yang terkenal dengan status khazanah negara Switzerland, kerana status produknya yang amat terkenal iaitu Swiss Army Knife. Tahun ini, Victorinox meraikan ulang tahun ke 130 kewujudan syarikat. Bersamaan itu, Victorinox juga menyambut ulangtahun ke-25 bahagian jam tangannya.

pelancaran INOX

Sempena sambutan ulangtahun kedua-duanya, Victorinox memperkenalkan inovasi terbaru dalam pembuatan jam tangan mereka di Malaysia, dikenali dengan nama I.N.O.X (INOX). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Francois Nunez, Pengarah Produk Bahagian Jam Tangan, Victorinox Swiss Army. INOX menampilkan elemen yang menjadi teras kepada sejarah panjang Victorinox iaitu keaslian, kekuatan, kualiti, kejuruteraan dan rekaan unik Swiss.

Francois Nunez, Pengarah Produk Bahagian Jam Tangan, Victorinox Swiss Army

Nama INOX bermaksud keluli tahan karat di dalam Bahasa Perancis, material yang telah digunakan oleh Victorinox dalam pembuatan pisaunya 50 tahun sebelum ia menjadi standard dunia.

Nunez menerangkan dalam penyampaiannya, INOX menampilkan keteguhan yang tidak pernah diperlihatkan dalam pembuatan jam tangan sebelum ini. Ia telah melepasi 130 ujian ketahanan, yang mana ia telah memenuhi ciri-ciri yang diperlukan bagi gred ketenteraan. Tidak kurang dari 421 prototaip INOX yang digunakan dalam masa ujian selama 6 bulan. Semuanya dilakukan bagi memastikan ia mencapai tahap untuk digelar jam tangan Victorinox Swiss Army.

Beberapa ujian yang dilakukan sangat ekstrem, yang jarang diperlakukan pada ujian ketahanan biasa. Antara ujian ketahanan yang telah dilepasi oleh INOX ialah:

  • Tahan tekanan kereta kebal seberat 64 tan
  • Tahan tekanan graviti sehingga 12G, yang mana pemandu F1 merasai sehingga 9G
  • Tahan perubahan suhu ekstrem dari -57C sehingga +71C
  • Tahan di dalam air masin sehingga 6 jam
  • Tahan kejatuhan dari ketinggian 10 meter atas konkrit yang bersamaan ketinggian bangunan tiga tingkat
  • Tahan tekanan udara sehingga ketinggian stratosferik 21,300 meter, 2x lebih tinggi dari penerbangan pesawat biasa
  • Tahan pusaran di dalam mesin basuh sehingga 2 jam
  • Terus berfungsi pada takat beku sehingga 168 jam lamanya

Nunez membuat demo memijak jamtangan INOX

Melihatkan pada keupayaan INOX melepasi semua ujian di atas, pasti ramai menyangka ia tebal dan besar. Tetapi ia tidaklah setebal mana, dibandingkan jam tangan lain. Case keluli nya setebal 43mm dikilatkan dalam bezel segi-enam. Terdapat tiga warna pilihan iaitu hitam, hijau khaki dan biru tentera laut. Ia juga didatangkan sekali dengan bumper getah untuk lebih ketahanan. Perlu diingatkan, semua ujian di atas tidak menggunakan bumper getah langsung. Bumper ini menjadi satu aksesori yang boleh dipasang buang mengikut mood pengguna.

Daya tahan dan keteguhan INOX pasti mengubah persepsi ramai mengenai kualiti dan fungsi. Fungsi utamanya ialah memberitahu masa dan tarikh, tetapi daya tahan, rekabentuk dan gayanya menepati ciri-ciri untuk digelar Victorinox Swiss Army.

Setiap belian INOX datang dengan bumper getah dan kit strap percuma yang mengandungi strap Nato dan peralatan khas untuk mengubah strap getah sedia ada. INOX boleh dibeli pada harga sekitar RM1600 di pengedar sah Victorinox, yang boleh didapati di laman web Victorinox.

 tiga warna INOX: biru hitam hijau OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: