Cabaran karaoke merdeka di dalam teksi

Bersempena musim hari kebangsaan yang sedang disambut rakyat Malaysia, Easy Taxi turut tidak ketinggalan meraikannya, dalam bentuk karaoke bersama penumpang di dalam teksi. Easy Taxi memainkan lagu patriotik di dalam teksi dan menantikan respon dari pengguna yang mana mereka akan menikmati perjalanan percuma apabila menyanyikannnya bersama lagu yang dipasang.

Tanpa pengetahuan penumpang, Easy Taxi telah memasang sistem karaoke dan kamera GoPro di dalam satu teksi yang beroperasi di Lembah Klang. Terdapat lebih 40 penumpang bertuah yang membuat tempahan melalui aplikasi Easy Taxi semasa minggu Kemerdekaan yang lepas, telah menaiki teksi yang unik ini. Mereka ditawarkan perjalanan percuma jika menyanyikan lagu patriotik yang dipasang sepanjang perjalanan mereka. Persembahan di dalam teksi ini boleh ditonton dalam talian di www.youtube.com/easytaximy

Seorang ayah dan anaknya terkejut melihat cabaran Easy Karaoke Challenge
Seorang ayah dan anaknya terkejut melihat cabaran Easy Karaoke Challenge
Seorang expatriate cuba menghabiskan nyanyian lagu merdeka
Seorang expatriate cuba menghabiskan nyanyian lagu merdeka

Menurut Joon Chan, Pengarah Urusan Serantau Easy Taxi Asia Tenggara, kami mahukan pelanggan keluar dari zon selesa mereka dan menyertai kami menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57 ini dalam suasana ceria dan sukar dilupakan. Ianya bukan rahsia lagi yang rakyat Malaysia suka menyanyi dan kami gembira dengan respon yang diberikan penumpang yang menerima cabaran ‘Easy Karaoke Challenge’ ini. Hasilnya memang sangat menyeronokkan. Walaupun ramai yang tidak mengingati kesemua lirik lagi, kita semua dibesarkan dengan rentak patriotik ini dan sememangnya menakjubkan melihat bagaimana rakyat Malaysia boleh bersatu menerusi lagu tanpa mengira usia dan bangsa.

Apabila menaiki teksi unik ini, penumpang diberi pilihan untuk menyanyikan pilihan lagu berkaitan Merdeka di mana ganjarannya, mereka diberi perjalanan teksi percuma. Majoriti menerima cabaran ini dan ada yang menyanyikan dengan bersungguh lagu seperti Negaraku dan Jalur Gemilang. Apabila lagu selesai dimainkan, ada yang terus menyambung dengan menyanyikan lagu lain di sepanjang perjalanan kerana terdapat 40 lagu untuk dipilih dari senarai lagu.

Maizura dan rakannya Nor Amira berjaya menghabiskan cabaran Easy Karaoke challenge
Maizura dan rakannya Nor Amira berjaya menghabiskan cabaran Easy Karaoke challenge

Maizura Kamar, salah seorang penumpang yang menerima cabaran ini berkata, cabaran ini memang mengejutkan saya dan rakan yang menaiki teksi ini. kami tidak pernah melihat sistem karaoke dipasang di dalam teksi dan kami bergembira di dalam teksi menyanyikan lagi kemerdekaan. Menaiki teksi menggunakan Easy Taxi memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Awal tahun ini, Easy taxi turut membuat cabaran Easy Karaoke Challenge di beberapa negara lain yang membawakan beberapa video popular menjadi viral di Chile dan Brazil. Untuk maklumat lanjut berkenaan Easy Taxi, layari lamanweb www.easytaxi.com/my atau facebook di www.facebook.com/easytaximy

Easy Taxi Logo - RGB

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: