Tarikh akhir peraduan Blackberry Stop Missing Out dilanjutkan

Kempen Blackberry “Stop Missing Out” yang akan mempertemukan peminat dengan beberapa selebriti di Malaysia, kini dilanjutkan tarikh tutupnya dari 20 Ogos ke 5 September 2014.

Di dalam kempen Blackberry Stop Missing Out ini, peminat akan berpeluang untuk menyertai acara menarik dan aktiviti luar bersama 4 selebriti pilihan mereka iaitu bintang pop Aizat Amdan, pengacara TV Popular Daphne Iking, personaliti radio dan peminat pengembaraan Rina Omar serta personaliti TV yang disukai ramai Nazrudin Rahman.

Terdapat beberapa cara untuk menyertai peraduan ini. Bagi mereka yang membeli telefon pintar terbaru Blackberry Z3, mereka mendapat 5 penyertaan peraduan, manakala bagi pengguna Blackberry 10 yang lain akan mendapat 3 penyertaan. Pengguna Blackerry 7 atau sebelumnya, akan mendapat satu penyertaan. Untuk menyertai, pengguna hanya perlu menghantar secara online, gambar mereka bersama peranti Blackberry.

Pemenang akan dipilih pada akhir kempen, dengan lima pemenang bagi setiap selebriti. Mereka akan berpeluang untuk bersama selebriti seharian dalam aktiviti seperti membeli-belah, menyertai gig atau mengikuti jelajah makanan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen BlackBerry Malaysia’s “Stop Missing Out” ini, layari lamanweb www.StopMissingOut.my

Aizat Amdan Daphne Iking Rina Omar Nazrudin Rahman

Aizat Amdan, Daphne Iking, Rina Omar & Nazrudin Rahman

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: