Perlindungan menyeluruh syarikat dengan Trend Micro Smart Protection Suite

Semakin banyak syarikat kini beralih kepada produk berasaskan awan, yang meningkatkan lagi risiko keselamatan siber. Bagi menangani peningkatan risiko ini, Trend Micro syarikat perintis penyedia aplikasi sekuriti, mengumumkan penaiktarafan besar kepada set solusi Trend Micro™ Smart Protection Suite mereka.

Mengikut laporan suku kedua Trend Micro tahun ini, beberapa bentuk serangan telah meningkat dengan drastik, menunjukkan kepentingan plan respon terhadap insiden dan kesedaran keselamatan organisasi. Dari laporan ini, Trend Micro telah berjaya menyekat secara purata 5.8 bilion ancaman setiap bulan pada suku ini, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding suku lepas iaitu 5.4 bilion ancaman.

Smart Protection Suite yang direka Trend Micro ini, memberi perlindugan terhadap ancaman generasi baru pada semua tahap dan lapisan sistem. Ia menawarkan sokongan dalam bentuk awan, hibrid dan fizikal, satu solusi yang ideal buat syarikat dan bisnes saiz pertengahan yang sedang berubah kepada sistem berasaskan awan.

Pelancaran Trend Micro Smart Protection Suite - dari kiri Goh Chee Hoh, Jean Lim dan Victor Lo
Pelancaran Trend Micro Smart Protection Suite – dari kiri Goh Chee Hoh, Jean Lim dan Victor Lo

Menurut Goh Chee Hoh, Pengarah Urusan Trend Micro bagi Malaysia, Singapura dan Indonesia, di dalam dunia ‘Internet of Everything’ hari ini, adalah sangat penting untuk perlindungan peranti yang dpapat dilihat serta insrastruktur yang berfungsi di belakang tabir. Syarikat kini beralih dari sistem fizikal kepada awan & hibrid, maka pendekatan keselamatan perlu juga berevolusi untuk menangani landskap ancaman yang baru yang pasti meningkat selepas ini. Data yang dicuri tiada tarikh tamat, ia akan digunakan berterusan selama mana yang boleh. Trend Micro Smart Protection Suite direka untuk meningkatkan keselamatan syarikat yang kini baru menceburi sistem awan. Pada masa yang sama, penggunaannya juga dimudahkan dengan dua pilihan buat pengguna.

1. Trend Micro™ Smart Protection for Endpoints

Pakej keselamatan berprestasi tinggi ini melindungi desktop PC secara fizikal & virtual dari ancaman menggunakan pelbagai teknik anti-malware yang ada. Beberapa lapisan keselamatan yang terdapat padanya adalah seperti:

  • Pengurusan Keselamatan Bersepadu, untuk memantau seluruh rangkaian dari ancaman dan memberi perlindungan data menyeluruh, yang boleh diuruskan pengguna.
  • Keselamatan Endpoint, bagi memastikan aktiviti pengguna di desktop, laptop atau peranti mudahalih selamat digunakan, dan disertakan kawalan aplikasi untuk iOS, Android, Blackberry, Symbian dan Windows Phone.
  • Kawalan Data Bersepadu, menguatkuasakan polisi Pencegahan Kehilangan Data (Data Loss Prevention – DLP) merentasi pelbagai lapisan keselamatan dari gateway ke peranti mudah alih dan jua USB, emel serta web.

2. Trend Micro™ Smart Protection Complete

Pakej keselamatan yang saling berhubung untuk melindungi pengguna di mana jua dan apa juga perkara yang dilakukan. Seluruh pengguna dalam sistem boleh dipantau dari satu monitor untuk memastikan keselamatan seluruh persekitaran syarikat. Smart Protection Complete memiliki semua ciri pada Smart Protection for Endpoints dengan beberapa fungsi tambahan:

  • Keselamatan Emel, memberi perlindungan dari spam, phishing, malware dan serangan ke atas server mel, gateway dan protal perhubungan.
  • Perlindungan Web, membantu mengawal aktivti pengguna di web di mana jua lokasi terutama berkaitan penggunaan sistem di awan

Selain itu, Smart Protection Suite turut menambah fungsi keselamatan buat Microsoft Office 365 dengan:

  • Hosted Email Security, mempertingkat perlindungan phishing dan malware terlindung di atas filter spam & malware sedia ada. Semua emel dan kepilan serta link akan dipastikan selamat buat pengguna.
  • Cloud App Security, ia menggunakan API Microsoft Exchange online, Sharepoint Online dan OneDrive untuk Bisnes. Melindungi data dengan enkripsi bersama kunci pengguna. Menambah kawalan data di samping memastikan fungsi Office 365 terus berfungsi. Ia mengurangkan risiko dengan imbasan mallware menerusi analisis sandbox dan mengurangkan komplikasi kehilangan data.

Trend Micro™ Smart Protection Suite boleh didapati dari pengedar berdaftar Trend Micro pada harga bermula RM116. Hubungi Trend Micro di nombor 03-27722288 untuk maklumat lanjut.

Keselamatan ke atas semua platform
Keselamatan ke atas semua platform

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: