Gaming Mouse terpantas dalam sejarah Manusia – Logitech G402 Hyperion Fury

Logitech, peneraju peralatan permainan komputer, memperkenalkan gaming mouse (tetikus permainan) yang paling laju pernah dihasilkan, iaitu Logitech G402 Hyperion Fury Ultra-Fast FPS Gaming Mouse. Hyperion Fury menampilkan teknologi sensor ekslusif Logitech, iaitu sensor Fusion Engine yang boleh mengesan sehingga 500 inci sesaat (IPS). Manakala sensor Delta Zero pula menampilkan ketepatan yang jitu.

Menurut KP Sim, Pengurus Logitech bagi Malaysia, Filipina & Brunei, selepas mendapatkan maklumbalas pemain tegar FPS, kami membuat ujikaji selama 3 tahun dan kini kami bangga dengan penghasilan Logitech G402 Hyperion Fury. Ia adalah tetikus permainan paling pantas dan terbaik untuk permainan FPS berkelajuan tinggi. Binaan yang ringan, digabung dengan ketepatan dan kebolehan Fusion Engine, menjadikan pemain lebih pantas dan menguasai perlawanan, sekali lagi membuktikan kemenangan buat Sains.

Fusion Engine di dalam Hyperion Fury, menyelesaikan masalah yang sering dihadapi pemain permainan FPS, iaitu tetikus mereka tidak dapat bergerak sepantas pergerakan pemain. Menggabungkan teknologi sensor optikal beserta sensor pecutan dan giroskop, membuatkan Fusion Engine sensor terpantas.

Kepantasan Fusion Engine digerakkan oleh prosesr ARM 32-bit yang mengesan pergerakan dengan tepat, melebihi 500 inci sesaat. Rekaan material yang ringan dan rendah geseran membenarkan pergerakan yang pantas di samping mengekalkan rasa selesa di atas tangan.

Logitech G402 side

Teknologi Delta Zero memastikan ketepatan sehalus jarum buat Hyperion Fury. Empat tetapan DPI boleh dibuat dengan pantas ketika bermain, samada menurunkan DPI untuk menembak jarak jauh, atau menaikkan DPI ketika bergerak pantas, kesemuanya dengan ketepatan maksimum. Dengan bantuan apliaksi Logitech, DPI kelima boleh ditetapkan mengikut keperluan pemain. Hyperion fury boleh pergi dari DPI setinggi 4000 sehingga ke 240 DPI sekelip mata.

Lapan butang yang boleh diprogramkan, boleh ditetapkan untuk apa jua arahan. Tidak kira kombinasi kompleks ataupun hanya satu butang arahan. Semuanya menggunakan aplikasi Logitech Gaming Software. Tetapan peribadi ini akan disimpan di dalam memori dalaman untuk kepantasan maksimum. Dengan kadar laporan konsisten setiap 1-milisaat, Hyperion Fury memastikan semua arahan dilancarkan dengan sepantas mungkin.

Logitech G402 Hyperion Fury boleh didapati di Malaysia pada harga RM 149. Ia hadir dengan jaminan selama 2 tahun dari Logitech.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: