Blackberry masih pentingkan keselamatan perniagaan di Malaysia

Ancaman keselamatan siber kian meningkat, dengan risiko tinggi terhadap syarikat, terutama dalam menjaga kebocoran data. Banyak sudah terjadi di laporan berita, syarikat yang diserang dan data mereka dicuri, pemimpin atasannya terpaksa meletak jawatan, lebih teruk lagi syarikat terpaksa ditutup. Kerana itu, Blackberry terus mempertingkatkan teknologi keselamatan mudahalih mereka bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Sejak mula penubuhannya, keselamatan adalah fokus utama Blackberry. Mereka kini memiliki lebih 44,000 paten, beberapa peranti mudahalih dan juga platform pengurusan syarikat mudahalih paling selamat. Servis permesejan popular mereka, BBM juga merupakan sebahagian servis yang terkandung dalam platform ini, bagi pelanggan yang mahukan jaminan keselamatan dari hujung ke hujung.

Blackberry telah menguruskan berpuluh ribu pelanggan di seluruh dunia, termasuk kerajaan di dalam kesatuan negara G7, serta 16 daripada 20 kerajaan kesatuan G20, termasuk kesemua 10 syarikat terbesar dunia di dalam bidang perubatan, undang-undang serta automotif. Perdana Menteri UK, David Cameron baru-baru ini memberitahu media, beliau boleh menguruskan negara menggunakan peranti Blackberry. Manakala kerajaan Jerman, kini bekerjasama dengan Blackberry dalam membangunkan seluruh sistem mereka dalam permesejan, data dan panggilan bagi memastikan ianya benar-benar selamat dari ancaman dan kebocoran. Kerana itu, perbelanjaan terbesar Blackberry ialah dalam R&D, iaitu sebanyak USD1.5 bilion.

Dereck Daymond, Naib Presiden Jualan Blackberry APAC
Dereck Daymond, Naib Presiden Jualan Blackberry APAC

Blackberry merupakan peneraju dalam sistem keselamatan mudahalih dengan sistem BES, yang mana jumlah pelanggannya lebih banyak dari jumlah pelanggan 3 syarikat pesaing terdekat mereka. Baru-baru ini, peranti Blackberry 10 telah menjadi peranti pertama menerima perakuan ‘Full Operational Capability (FOC)’ dari kerajaan Amerika Syarikat untuk digunakan oleh Jabatan Pertahanan (DoD) mereka. NATO juga telah memperakui BES10 dan peranti Blackberry 10 di dalam kategori komunikasi selamat sehingga tahap “Restricted”. Bersama Secusmat, peranti Blackberry dengan teknologi anti-curidengar telah diiktiraf memenuhi syarat kerajaan di seluruh dunia.

Nader Henein, Pengarah Serantau, Produk Keselamatan BlackBerry
Nader Henein, Pengarah Serantau, Produk Keselamatan BlackBerry

Blackberry merupakan satu-satunya syarikat yang memiliki perkakas hardware, pembuatan, perisian software, servis pengesahan, VPN serta pengurusan di belakang Firewall sehingga perlindungan di hujung berbentuk tunggal.

Dari aspek pengguna pula, penggunaan BBM merupakan satu bentuk keselamatan, tanpa perlu pengguna mendedahkan emel atau no telefon mereka. Kedua-dua-pengguna harus bersetuju sebelum mereka dapat memasukkan pengguna lain dalam contact BBM mereka. Pengguna juga tidak perlu risau sehingga memerlukan aplikasi anti-virus pada peranti mereka, kerana semua aplikasi di dalam Blackberry Appworld ditapis sehingga disahkan selamat sebelum dibenarkan untuk dimuat turun pengguna. Fungsi Kawalan IbuBapa pula dapat memastikan anak-anak mereka tidak mengakses fungsi yang tidak perlu buat mereka, serta akses ke web yang berbahaya. Aplikasi Blackberry Protect pula membolehkan pengesanan untuk peranti yang hilang bagi memastikan data dan identiti peribadi pengguna tidak terlepas ke pihak tidak berkaitan.

Blackberry dijangka akan memperkenalkan dua peranti sebelum hujung tahun ini. Dengan satu peranti dijangka akan diperkenalkan pada bulan depan. Beberapa peranti yang diperkatakan akan diperkenalkan itu ialah, Blackberry Passport dengan bentuk segiempat sama, dan juga Blackberry Classic yang dijangka membawakan rekabentuk terutama sekali papankekunci dari model paling popular mereka, Bold.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: