08/01 hari untuk Microsoft Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1

Hari ini bertarikh 1 Ogos 2014. Kalau di Amerika Syarikat, mereka menggunakan format 08/01 untuk tarikh hari ini. Bersamaan itu, kami mengambil peluang ini untuk berkongsikan 8 tips berkenaan Windows 8.1 dan juga Windows Phone 8.1 yang mungkin tidak pernah anda tahu.

 
 0801 001Tahukah anda, Microsoft telah mereka 9 aplikasi Bing khusus buat Windows dan Windows Phone? Ia bukan sahaja enjin carian Bing, tetapi meliputi pelbagai aspek yang meletakkan kuasa memilih di tangan anda, dari maklumat terkini ke ramalam kajicuaca serta pelancongan dan kesihatan serta kecergasan. Hanya satu daftar masuk membolehkan anda menikmati semua aplikasi Bing ini mengikut peribadi diri anda. Semua data anda diselarikan pada semua peranti supaya ia memberi maklumat yang sama tidak kira di mana jua.

 

0801 002Berapa laju anda boleh menaip 160 huruf pada telefon pintar anda, seperti di bawah ini?
 “The razor-toothed piranhas of the genera Serrasalmus and Pygocentrus are the most ferocious freshwater fish in the world. In reality they seldom attack a human.”
Seorang pelajar 15 tahun bernama Gaurav Sharma, melakukannya dalam masa hanya 18.44 saat menggunakan Word Flow dengan bentuk tulisan, yang kini terdapat pada Windows Phone 8.1.

 

0801 003 Tahukah anda, peranti Windows 8.1 anda boleh dijadikan WiFi Hotspot jika anda memiliki modem tapi tidak memiliki router. Ia sama seperti anda mengubah telefon pintar kepada WiFi Hotpspot apabila memerlukan sambungan untuk peranti lain. Ia boleh diaktifkan menggunakan Command Prompt, atau tetapan Charm, ataupun menggunakan aplikasi seperti WiFi Hotspot Pro. Jadi semua peranti Windows 8.1 anda boleh berkongsi sambungan internet dengan peranti lain dengan mudah.

 

0801 004Dapatkah anda melihat folder OneDrive di dalam Windows Explorer? Tahukah anda ia sangat mudah untuk menyimpan data ke dalam storan awan OneDrive, sama seperti menggunakan Windows Explorer? Ia tidak akan memakan ruang di dalam cakera keras, sehingga anda memilih untuk menyelarikannya. OneDrive memberi 15GB storan awan percuma untuk semua pengguna akaun Microsoft. Ia boleh diakses tidak kira pada PC, Tablet ataupun telefon pintar.

 

0801 005Salah satu fungsi paling berguna pada Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1 ialah Paparan Membaca pada Internet Explorer 11. Ia membuang kekusutan pada lamanweb dan memaparkan info yang anda mahukan dengan lebih menyenangkan, dengan susun atur mesra membaca. Hanya klik pada ikon seperti membuka buku pada bar alamat IE 11 utuk mengaktifkannya.

 

0801 006Quiet Hours (Masa Senyap) adalah satu fungsi yang terdapat pada Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1 yang membolehkan kawalan notifikasi dari terpampang pada skrin ketika mesyuarat penting mahupun waktu rehat anda. Pada Windows Phone 8.1, dengan tetapan Breakthorugh Rules, ia boleh ditetapkan dengan lebih mendalam tentang siapa yang dibolehkan mengganggu anda pada waktu senyap ini.

 

0801 007 Dengan Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1, anda boleh membeli aplikasi universal pada Windows 8.1 dan memasangnya pada Windows Phone 8.1 juga, tanpa perlu membelinya dua kali. Beberapa aplikasi universal adalah seperti aplikasi Bing, Adobe Photoshop Express, eBay, Shazam, Twitter dan banyak lagi.

 

0801 008 Tahukah anda terdapat aplikasi 3D Builder di dalam Windows Store hari ini? Ia membolehkan anda mereka, melihat, menyediakan dan mencetak model 3D anda kepada penceak 3D sedia Windows 8.1. Anda tidak perlu lagi menjadi pakar CAD untuk membawa rekaan 3D anda kepada kenyataan.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Windows 8.1, lawati lamanweb windows.microsoft.com; dan untuk Windows Phone 8.1, lawati lamanweb www.windowsphone.com

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: