Pratempah Surface Pro 3 dibuka sekarang

Share Button

Surface Pro 3 ialah tablet dan laptop pelbagai guna. Ia boleh dikonfiguasi dengan pelbagai pilihan CPU, RAM dan storan. Hanya dengan sambungan mudah, menjadikan ia dari sekeping tablet kepada laptop yang berfungsi sepenuhnya. Kesemua ini di dalam satu peranti yang menawan. Dengan skrin 12-inci dan kickstand yang baru, ia menghasilkan paparan yang mudah dilihat dari mana jua sudut. Tidak dilupakan juga Surface Pen, melakar dan mengambil nota kini lebih mudah dan tepat.

Surface Pro 3 adalah tablet Surface yang paling nipis dan ringan. Ia hadir dengan skrin 12-inci HD Penuh, pilihan generasi ke-4 pemproses Intel® Core™, papankekunci boleh ubah dan kickstand pelbagai posisi, dari sudut 22° sehingga 150°. Ia didatangkan sekali dengan Windows 8.1 Pro terkini, membolehkan semua aplikasi Windows dijalankan ke atasnya, termasuk Microsoft office dan Windows Store. Dengan satu butang pada Surface Pen, ia akan membuka OneNote dan anda boleh mula menulis di atasnya, seperti menggunakan pen dan kertas.

Surface Pro 3 Back View

Microsoft Malaysia telah mengumumkan Surface Pro 3 boleh di pratempah sekarang bermula dari harga RM 2729 untuk versi Core i3 64GB, sehingga RM6779 untuk versi Core i7 512GB. Surface Pro 3 hadir dengan pilihan CPU Core i3, i5 dan i7. Type Cover yang dijual berasingan pula berharga RM409 dan boleh didapati dalam warna hitam, biru, cyan dan purple. Ia dijangka tiba di Malaysia pada akhir Ogos 2014.

Surface Pro 3 Type Cover

Pengguna yang berminat boleh mula menempahnya dari rakan pengedar yang turut serta iaitu  Aone Plus Supplies & Services, Harvey Norman, Machanics Sdn Bhd, PC Image Sdn Bhd, Senheng Electric & senQ Digital Station, SNS Network, Thunder Match Technology, dan Viewnet Computer System.

Maklumat lanjut mengenai Surface boleh didapati di lamanweb http://www.microsoft.com/surface/en-my

Surface Pro 3 Price

Apa komen anda?