Perang 8 Julai – Huawei Honor 3C vs Xiaomi Redmi 1S

Hari esok, Selasa 8 Julai bakal mencetuskan peperangan sengit dalam talian. Xiaomi telah mengumumkan akan menjual buat pertama kali di Malaysia, telefon pintar termurah mereka iaitu Redmi 1S. Manakala Huawei yang telah sekian lama menjual satu model khas mereka dalam talian di Vmall.my iaitu Honor 3C, juga akan menjualnya pada hari yang sama.

Yang membuatkannya lebih hangat, Xiaomi seperti biasa membuat jualan pada jam 12 tengahari. Manakala Huawei pula akan mula menjual pada jam 11.58 tengahari! Buat mereka yang sudah biasa dengan jualan dalam talian Xiaomi dan Huawei ini, pasti akan tahu masalah yang mungkin timbul. Fokus dan konsentrasi penuh diperlukan untuk memastikan pembelian berjaya dibuat. Jadi selang masa 2 minit ini mungkin tidak mencukupi untuk mereka yang mahu membeli kedua-dua peranti ini.

xiaomi sale 8july

Xiaomi pada 8 Julai nanti akan menjual 4 peranti sekaligus iaitu Mi 3 (8,000 unit), Redmi 1S (5,000 unit), Mi PowerBank 10400mAh  (10,000 unit) dan Mi PowerBank 5200mAh (5,000 unit). Redmi 1S yang pertama kali dijual di Malaysia ini akan dijual pada harga RM419.

Vmall_Huawei-8julysale

Manakala Huawei pula akan menjual 10,000 unit Honor 3C pada hari yang sama. Jualan Honor 3C ini boleh didapati di beberapa lamanweb iaitu www.vmall.my, www.superbuy.my & vmall.lelong.com.my

Serba ringkas perbandingan antara Huawei Honor 3C dan Xiaomi Redmi 1S boleh dilihat pada carta di bawah ini. Maklumat lanjut berkenaan Xiaomi Redmi 1S boleh dibaca di test produk kami: http://theskop.com/2014/07/test-produk-xiaomi-redmi-1s/

Perbandingan Honor 3C Redmi1SJadi, yang mana satukah pilihan anda?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: