Minggu terakhir pemberian apps Blackberry percuma sempena Ramadhan

Sudah 3 minggu Blackberry memberikan ganjaran dan aplikasi percuma untuk dimuat turun pengguna Blackberry 10. Kini telah tiba minggu terakhir untuk pemberian percuma sempena bulan Ramadhan ini. Aplikasi lebih menarik disediakan untuk minggu terakhir ini.

bquiet 22 Julai – bQuiet

Aplikasi ini membolehkan tetapan masa dibuat untuk mengubah profile ringtone anda untuk Vibrate atau Silent. Ia boleh ditetapkan sehingga 24 jam lebih awal, dan mengubah kepada profile asal selepas tamat tetapan masa. Kini anda tidak perlu risau telefon berbunyi ketika mesyuarat, atau solat terawih.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/37098891/

 

chaneques 23 Julai – Chaneques

Permainan ini menggabungkan skil pemain menggunakan Mexican Pixies untuk menyelesaikan teka-teki yang mencabar dan menarik. Gunakan kebolehan pixies seperti menolak, menggali, memanjat, melompat dan mencipta jambatan pada diri mereka sendiri, untuk mendapatkan barangan bernilai yang terdapat di sepanjang tahap cabaran.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/40101922

 

Emoji 24 Julai – Emoji

Aplikasi khas dibina untuk Blackberry ini mengandungi ratusan emoji untuk dipilih. Versi terbaru ini mengandungi fungsi seperti kotak edit, panel sejarah dan simbol greek.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/36352887

 

side wheel hero 25 Julai – Side Wheel Hero

Permainan pemanduan penuh cabaran ini memerlukan skil dari pemain untuk memandu kereta menggunakan 2 tayar, di samping cuba mengimbanginya sambil mengelak kenderaan lain.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/51089888

 

sticker symbol for emoji 26 Julai – Sticker Symbol Emoticon Emoji for BBM™

Aplikasi ini memberi akses pengguna kepada lebih 10,000 stiker berkualiti, GIF beranimasi, smileys, emoji teks, dan kesan khas teks. Ia dikemaskini setiap minggu untuk memberikan lebih pengalaman kepada penggunaan SMS, BBM, Facebook dan Twitter utuk menjadikan ia lebih menarik dan impresif.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/21198138

 

circle pie 27 Julai – Circle Pie

Permainan berbentuk puzzle ini memerlukan pemain menyambungkan bulatan dan paip yang sepadan dan memenuhinya di seluruh permukaan untuk menyelesaikannya. Permainan ini diinspirasikan dari buku puzzle yang pertama kali dicetak Sam Lloyd di dalam Brooklyn Daily Eagle pada tahun 1987, serta dari buku tulisan Henry Ernest Dudeney bertajuk ‘Puzzles and Curious Problems’.

http://appworld.blackberry.com/webstore/content/20081493

 

Ramadhan Mubarak!

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: