Gajet & Aksesori 4 musim dari Logitech

Walaupun Malaysia bukan negara 4 musim, tetapi Logitech tetap meraikan pasaran di Malaysia dengan memperkenalkan aksesori teknologi sebagai salah satu gaya fesyen bermusim. Menggabungkan warna terang bertenaga mengikut ciri-ciri tiap musim, Logitech membawa koleksi 2014 dengan membawa tetikus M235, pembesar suara mudahalih X100 dan Folio Protective Case untuk iPad® Air.

Diinspirasikan dari 4 musim yang berbeza setiap tahun, Logitech menjadikan aksesori teknologi sebagai satu perkakas fesyen bagi menyerlahkan lagi personaliti dan mood pengguna.

Musim Bunga yang kehijauan

Hijau merupakan simbol kehidupan baru dan alam semulajadi yang berkembang di musim bunga. Diinspirasikan dari bunga yang mekar, pereka fesyen melihat hijau sebagai warna yang menyegarkan dan memulihkan. Peminat warna hijau juga biasanya pencinta keamanan semulajadi dan menjumpai kegembiraan dalam bentuk memberi semula kepada alam semulajadi.

Musim Panas yang membara

Dengan warna garang dari merah kepada kuning dan oren, musim panas memberi pilihan membara untuk dipilih oleh yang berani mencabar. Bukan satu kejutan apabila peminat warna garang ini adalah peneroka dalam hati dan mempunyai potensi menjadi peneraju dan pembina dunia.

Tenggelam dalam Musim Luruh

Apabila cuaca kian sejuk, ia adalah masa untuk bertukar kepada elegan seperti warna ungu. Musim luruh adalah masa terbaik untuk bersuka-ria di dalam guguran daun kering dan bermimpi indah di dalam dunia fantasi kerana peminat warna ungu biasanya seorang yang unik dan kreatif.

Layan Blues dan Frozen di Musim Sejuk

Di musim sejuk yang tenang beku, warna biru menandakan keamanan dan ketenangan. Peminat warna biru mempunyai karakteristik seperti musim sejuk: tenang, jujur dan pendiam tetapi apabila diperlukan akan memberi kata-kata hikmah sepatah dua.

Pengurus Logitech bagi Malaysia, Filipina & Brunei, KP Sim menjelaskan, Logitech mensasarkan untuk menjadi peneraju produk yang menghubungkan dan meningkatkan pengalaman digital pengguna. Kami telah selangkah ke depan dengan menjadikan fesyen sebagai aspek dalam teknologi kami menerusi warna dan ini akan menonjolkan gaya dan personaliti seseorang individu. Tanpa mengorbankan aspek praktikal, kami mahu pengguna mampu untuk mengeksperasikan diri mereka dengan menawarkan barisan aksesori dan gadget di dalam pelbagai warna terang dan bertenaga.

Logitech Folio Protective Case iPad Air Logitech X100 Mobile Speaker_family photo Logitech M235 Colour Collection

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: