Dapatkan duit raya RM1000 dan bayar Zakat dengan DiGi

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan dan Aidilfitri yang akan tiba dengan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk pelanggan setia mereka.

Praveen Rajan, Ketua Produk Servis dan Internet DiGi berkata, menyebarkan kegembiraan perayaan adalah cara DiGi untuk berterima kasih kepada sokongan pelanggan. Musim perayaan adalah masa pelanggan kami untuk bertemu semula dengan keluarga dan rakan. Oleh itu, kami memberi lebih sebab untuk mereka melakukannya, dengan peraduan DiGi Duit Raya yang menawarkan wang tunai sehingga RM25,000 untuk direbut selama 8 minggu.

DG-1000

DiGi Duit Raya RM1000 – DiGi telah melancarkan peraduan DiGi Duit Raya RM1000 yang bermula dari hari ini sehingga 24 Ogos 2014. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar DiGi, dengan peluang untuk menjadi salah seorang dari 3 pemenang mingguan yang akan membawa pulang wang tunai RM1000.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan DiGi hanya perlu menghantar SMS RAYA ke 22016 dan melanggan salah satu dari DiGi Raya CallerTunes dan juga saluran video Ustaz Don berharga RM3/bulan atau RM2/minggu. Tiga pengguna yang memuat turun CallerTunes terbanyak dari senarai istimewa Ramadan/Raya setiap minggu, selama peraduan ini berlangsung, akan dihubungi DiGi untuk menjawab soalan trivia yang mudah dan berpeluang memenangi wang tunai RM1000.

DG-GH

Gerbang Hijrah – DiGi memperkenalkan portal Islamik baru, Gerbang Hijrah sempena bulan Ramadhan ini. Portal ini mengandungi video, audio, dan kandungan MMS interaktif. Khusus buat pelanggan DiGi, Gerbang Hijrah memaparkan kandungan dari TV Al-Hijrah seperti 3 minit Ustaz Don, Ayat Riwayat, Chef Ammar, Madrasah Al Hijrah, Kapsul Hadith dan Cinta Rasul.

Pelanggan juga boleh menikmati kandungan mudahalih berkaitan seperti Waktu sahur & berbuka, serta Doa Harian & Fadilat Solat Terawikh secara percuma. Pelanggan DiGi hanya perlu melawat portal Gerbang Hijrah di http://digi.my/ghijrah pada telefon pintar mereka dan pilih Langgan atau mereka juga boleh menghantar SMS ke 20000.

DG-zakat

DG-Zakat – Seperti tahun sebelumnya, tahun ini DiGi memberi peluang kepada pelanggan untuk menunaikan Zakat Fitrah secara mudah melalui SMS. Ia terbuka kepada pelanggan pascabayar dan prabayar DiGi di Selangor, Melaka, Perlis, Sabah dan Pahang. Servis ini boleh digunakan sehingga hari terakhir ramadan pada jam 6 petang.

Untuk menggunakannya, pelanggan hanya perlu menghantar SMS FITRAH ke 20000 dan memberi maklumat yang diperlkukan. Penghantaran dan penerimaan SMS ini adalah percuma, tanpa sebarang caj. Pelanggan boleh membayar sehingga 7 orang ahli keluarga mereka. Servis ini juga terbuka kepada pelanggan Digi yang bukan warganegara Malaysia. Untuk melihat resit pembayaran, pelanggan hanya perlu mendaftar masuk di lamanweb http://digi.my/dgzakat

DG-syok.png

Portal SYOK! – Sebagai kandungan tambahan, pelanggan boleh menikmati hiburan tempatan di dalam Bahasa Malaysia melalui portal SYOK!. Ia menawarkan berita terkini berkenaan gaya hidup dan selebriti pada kadar RM1 seminggu. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb http://digisyok.my sekarang.

DG 15015577 Ramadan&Raya_A5Flyer_B

%d bloggers like this: