Bayar Zakat guna telefon pintar atau tablet sahaja

Selepas sebulan berpuasa, kini tibanya Syawal berhari raya. Selesai sudah Rukun Islam yang ketiga, jangan dilupa pula Rukun Islam yang keempat. Menurut Lembaga Zakat Selangor, Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat Fitrah boleh dibayar apabila bermulanya Ramadhan, sehinggalah sebelum bermulanya Solat Sunat AidilFitri pada 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah 2014

Di Malaysia, kaunter Zakat dibuka sehingga waktu cuti. Malah kaunter Zakat boleh didapati dengan mudah di Surau atau Masjid seluruh Malaysia. Kaunter Zakat juga dibuka khas di bulan Ramadhan ini kebanyakan di tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah. Jadi membayar Zakat Fitrah menjadi sangat mudah kini.

Tetapi tahukah anda, yang Zakat Fitrah boleh dibayar di hujung jari anda tanpa perlu ke kaunter zakat? Di sini kami ingin berkongsi beberapa cara membayar zakat dengan hanya menggunakan telefon pintar, tablet atau PC anda.

 

1. SMS

Lembaga_Zakat_Selangor_-_2014-07-25_02.01.29

Tahun ini, Celcom dan DiGi menyediakan perkhidmatan membayar Zakat Fitrah melalui SMS. Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Tetapi tidak semua negeri menyediakan perkhidmatan Zakat Fitrah melalui SMS ini.

Celcom: Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
(untuk negeri Selangor, Melaka, Kedah, Sabah, Kelantan, Perlis, Terengganu & Pahang)

DiGi : Taip FITRAH dan hantar ke 20000 serta ikuti arahan seterusnya
(untuk negeri Selangor, Melaka, Sabah, Perlis & Pahang)

 

2. Kad Kredit

Beberapa Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Negeri menyediakan portal untuk membayar Zakat menggunakan Kad Kredit. Tetapi hanya kad kredit yang dikeluarkan dari Perbankan Islamik sahaja boleh digunakan untuk membayar zakat. Antaranya ialah:

  1. Kad Bank Islam (Visa & Master)
  2. Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
  3. Kad I-Bank Rakyat
  4. Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
  5. Kad Caj Al-Rajhi Bank
  6. Kad Al-Aiman BSN

(sumber: http://www.e-zakat.com.my/cara-bayaran/kad-kredit/)

 

3. Portal Perbankan Internet

ezakat-pay2

Kebanyakan portal perbankan internet menyediakan perkhidmatan membayar bil. Mereka juga ada bekerjasama dengan beberapa PPZ negeri untuk menerima bayaran Zakat secara terus dari portal perbankan mereka. Kebiasaannya ia menggunakan cara yang sama untuk membayar bil, tetapi sila rujuk portal perbankan tersebut untuk cara pembayaran lebih tepat.

Maybank: https://www.maybank2u.com.my
CIMB : https://www.cimbclicks.com.my
Public Bank: https://www.pbebank.com
Bank Islam: https://www.bankislam.biz
Bank Muamalat: https://www.i-muamalat.com.my
RHB Bank: https://logon.rhb.com.my
Ambank: https://ambank.amonline.com.my/
HSBC Bank: https://www.hsbc.com.my
Standard Chartered: https://ibank.standardchartered.com.my
Agro Bank: https://www.agronet.com.my
Affin Bank: https://rib.affinonline.com
Hong Leong Bank: https://s.hongleongconnect.my/

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: