Aplikasi percuma sepanjang Ramadhan buat pengguna Blackberry 10

Bermula dari hari ini sehingga 27 Julai, Blackberry Malaysia akan menyerikan bulan Ramadhan anda dengan aplikasi percuma setiap hari buat pengguna Blackberry 10. Beberapa aplikasi popular dan berkaitan Ramdhan boleh dimuat turun secara percuma setiap hari melalui BlackBerry World.

Aplikasi percuma untuk minggu ini ialah:

Paprika 8 Julai : Paprika Cooking Food Recipes

Resipi memasak yang mudah untuk semua. Terdapat lebih 10,000 resipi dan maklumat nutrisi di dalam aplikasi ini. Pencarian boleh dilakukan dengan mudah mengikut sumber, bahan atau nama. Perkongsian resipi boleh dilakukan melalui BBM, SMS, Emel dan NFC.
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/26652882

Hill Racing 9 Julai : Hill Racing

Uji kecekapan anda dengan permainan perlumbaan kereta berasaskan fizik ini. Bermula dengan memandu Jeep, harungi pelbagai rintangan berbahaya dan kumpul syiling di sepanjang perjalanan. Syiling terkumpul boleh digunakan untuk membeli kereta baru dan naiktaraf, membolehkan anda pergi lebih jauh dan laju.
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/27686917

Quran 10 Julai : Quran

Baca ayat suci Quran bersama terjemahan Inggeris dan Indonesia. Direka menepati UI Blackberry 10, aplikasi ini membolehkan pengguna menanda sebanyak mungkin ayat yang mereka mahu, di samping mencatat nota. Berkongsi ayat dan terjemahannya bersama rakan dengan mudah.
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/19964407

ClipMan Clipboard Manager 11 Julai : ClipMan Clipboard Manager

Sebuah aplikasi clipboard yang berkuasa, direka khas buat Blackberry 10. Aplikasi ini akan memantau clipboard untuk sebarang perubahan dan menyimpan setiap perkataan di dalam databasenya. Pengguna boleh mencari semula perkataan yang tersimpan di dalam clipboard bila-bila masa dengan mudah.
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/20079866

DownTube 12 Julai : Down Tube for YouTube & Vimeo

Nyah masa buffer video dengan aplikasi ini. Apabila video telah habis dimuat turun, pengguna boleh memilih bila-bila masa untuk menontonnya tanpa memerlukan sambungan internet lagi.
http://appworld.blackberry.com/webstore/content/40845891

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: