Apa akan Xiaomi lancarkan esok?

Esok, 22 Julai adalah tarikh pelancaran tahunan produk Xiaomi. Bin Lin, Presiden Xiaomi pada facebooknya telah memberi beberapa petunjuk kepada apa yang bakal dilancarkan mereka esok.

Antaranya terdapat gambar yang memaparkan no 4 dengan status perjalanan sekeping besi. Juga Bin Lin memuat naik gambar dengan bertanyakan soalan, apakah yang diharapkan pengguna pada pelancaran esok: seni rekabentuk, rasa dan sentuhan, atau prestasi.

Bin Lin - Xiaomi 4

Bin Lin - 1 2 3

Manakala di Facebook Xiaomi Malaysia pula memaparkan kad jemputan ke acara tersebut, bersama sebongkah besi.

Pelbagai andaian berlegar dan diperkatakan di internet sekarang. Antaranya, ialah pelancaran telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi4 yang menggunakan badan diperbuat dari besi sebenar, seperti HTC One M8. Juga terdapat ura-ura yang Xiaomi akan melancarkan peranti dilengkapi 4G LTE, mungkin lebih dari satu model.

Sama-samalah kita nantikan apa yang akan dilancarkan Bin Lin esok. Sementara itu, boleh dapatkan Redmi Note mereka yang akan dijual pertama kali di Malaysia esok juga, jam 12 tengahari di www.mi.com/my

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: