Selamatkan data hardisk di klinik MyCSC

CyberSecurity Malaysia, pusat pakar keselamatan siber Nasional & agensi di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan outlet pertama MyCyberSecurity Clinic (MyCSC).

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri MOSTI bertempat di Mines Waterfront Business Park, Seri Kembangan yang merupakan outlet pertama MyCSC. Bersama pelancaran outlet ini, satu Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC turut dilancarkan.

image

MyCSC menyediakan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber seperti forensik digital yang terdiri dari pemulihan data, baik pulih cakera keras (hardisk), data sanitasi dan juga khidmat nasihat mengenai isu berkitan keselamatan siber & internet.

image

image

CyberSecurity telah mendapatkan kerjasama pakar pemulihan data & sanitasi global, Myung Information Technologies yang terletak di Korea Selatan. Peluang ini dilihat sebagai satu proses perpindahan kepakaran oleh Myung kepada CyberSecurity khasnya & rakyat Malaysia amnya.

Manakala Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC memberi peluang kepada usahawan kecil & sederhana untuk tampil bekerjasama dengan Cyber Security bagi memperluaskan jangkauan perkhidmatan MyCSC ini ke seluruh Malaysia.

image

Sehingga kini, MyCSC telah mengendalikan lebih 200 kes berkaitan pemulihan data, baik pulih cakera keras & juga sanitasi data. Selain dari outlet di Seri Kembangan, klinik MyCSC juga terdapat di pejabat Cybersecurity Ipoh.

Layari lamanweb CyberSecurity Malaysia untuk maklumat lanjut.

Lamanweb: www.cybersecurity.my
Facebook: www.fb.com/CyberSecurityMalaysia
Twitter: www.twitter.com/cybersecuritymalaysia

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: