Hugo Barra berkongsi perkembangan Xiaomi Malaysia dan MiPad

Baru-baru ini TheSkop berpeluang bertemu dengan Naib Presiden Xiaomi, Hugo Barra. Dalam pertemuan ini, Hugo berkongsi bersama kami tentang perkembangan Xiaomi di Malaysia. Sejak mula memasuki pasaran Malaysia, Xiaomi tidak menghadapi masalah dengan penghantaran di mana kesemua tempahan berjaya dihantar dan 99.6% tempahan telah diterima pembeli dalam masa 6-8 hari selepas ditempah.

Pusat servis Xiaomi juga beroperasi dengan memuaskan dengan kadar penyelesaian masalah sekurang-kurangnya selepas sehari hari bekerja. Di samping itu, Xiaomi mensasarkan untuk membuka pusat servis ekslusif Xiaomi di Kuala Lumpur. Bersama ini, mereka juga akan membuka stor untuk bakal pembeli mencuba produk Xiaomi termasuk produk yang belum dilancarkan di Malaysia. Bagaimanapun, stor ini tidak akan menjual sebarang produk, kecuali aksesori tambahan sahaja. Ianya sejajar dengan teknik penjualan Xiaomi yang tidak menggunakan kedai dan orang tengah.

Dalam pada itu, TheSkop berpeluang untuk mencuba produk yang baru dilancarkan Xiaomi di China, iaitu MiPad. MiPad ialah tablet pertama dihasilkan Xiaomi¬† dengan skrin sebesar 7.9″ pada resolusi 2048×1536, yang membawakan 326 PPI. MiPad dikuasakan CPU Nvidia Tegra K1 4-teras berkelajuan 2.2GHz dan dilengkapi GPU 192-teras berasaskan Kepler. Ia dilengkapi dengan RAM sebanyak 2GB DDR3 dan datang dalam 2 variasi memori dalaman, iaitu 16GB dan 64GB. Memori luaran pula boleh ditambah menerusi slot Mikro-SD sehingga 128GB. Baterinya berkapasiti 6700mAH.

MiPad dijual di China pada harga RMB1499 (~RM780) untuk 16GB dan RMB1699 (~RM880) untuk 64GB. Bagaimanapun, masih belum ada tarikh untuk Mipad memasuki pasaran Malaysia. Adakah anda akan bersedia beratur di depan PC apabila Mipad mula dijual di Malaysia nanti?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: