Canon Akui Telefon Pintar Punca Jualan Kamera Jatuh

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia Sdn Bhd, Wataru Nishioka, mengakui kehadiran telefon pintar menjejaskan industri kamera DSLR bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Beliau sebelum ini menyatakan industri kamera mengalami kejatuhan yang amat serius berbanding beberapa tahun lepas.

“Terdapat dua faktor berlakunya penurunan yang sangat ketara ini, yang pertama ialah trend manakala yang kedua ialah telefon pintar,” ulasnya. “Sebelum ini, membawa kamera adalah trend yang sangat digemari ramai terutama DSLR,” katanya.

Tetapi menurut Nishioka keghairahan trend tersebut menurun disebabkan faktor kedua iaitu telefon pintar.

“Kononnya telefon pintar mempunyai fungsi kamera yang sangat bagus setanding DSLR.” Keluh Nishioka

Faktor kedua iaitu telefon pintar juga didorong harganya yang dua kali lebih murah dari kamera berkuasa tinggi. “Antara keduanya, pengguna akan memilih telefon berbanding kamera,” jelasnya.

Berdasarkan faktor tersebut, theSkop.com bertanyakan apakah Canon mempunyai perancangan memperkenalkan model kamera bertelefon seperti model kamera Android yang dihasilkan syarikat lain.

Nishioka menjawab, “saya bukan di posisi untuk mengulasnya tetapi setahu saya, TIADA…tiada perancangan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata syarikat kamera sendiri harus menaikkan kembali trend yang tenggelam dengan penghasilan produk yang memahami pengguna. “Produk kamera mesti tepat,” katanya.

%d bloggers like this: