Berlari sejauh 5km dalam 30 minit dan menangi Gear Fit

Berita baik buat peminat aktiviti kecergasan dan pelawat tegar gym, kini anda berpeluang memenangi jam tangan pintar Samsung Gear Fit hanya dengan berlari sejauh 5 kilometer di atas treadmill. Cabaran Gym Gear Fit ini akan berlangsung selama 10 minggu berturut-turut bermula 16 Jun sehingga 27 Ogos di cawangan Celebrity Fitness dan Fitness First terpilih.

Menurut Ng Long Shyang, Timbalan Presiden Divisyen Mudahalih, Samsung Malaysia Electronics, agak menakutkan melihat dalam laporan baru-baru ini mengatakan Malaysia tergolong dalam negara di Asia paling obes. Menerusi cabaran ini serta beberapa inisiatif kesihatan lain yang diperkenalkan Samsung, kami berharap rakyat Malaysia akan mula menjadikan latihan kecergasan sebagai rutin harian.

Untuk menyertainya, ahli Celebrity Fitness dan Fitness First perlu memakai Gear Fit untuk memantau kadar degupan jantung mereka. Kemudian mereka naik ke atas treadmill dan cuba menghabiskan larian sejauh 5 kilometer dalam masa 30 minit. Papantanda carta akan diletakkan untuk mencatat masa. Peserta yang mencatat masa paling pantas akan membawa pulang Samsung Gear Fit. Tiada had cubaan diberikan, jadi mereka yang telah menyertai boleh mencuba semula untuk membaiki masa catatan.

Jadual lokasi Cabaran Gym Gear Fit adalah seperti berikut:

jadual Cabaran Gym Gear Fit

Gear Fit telah dilancarkan pada Mac tahun ini. Ia merupakan jam tangan pintar dengan skrin AMOLED lengkung pertama dalam industri. Ia membantu pengguna memantau aktiviti kesihatan dengan sensor degupan jantung terbina dan juga pedometer serta beberapa aplikasi kesihatan yang datang bersama.

Selain itu, ia boleh dihubungkan dengan peranti GALAXY yang lain untuk memberi notifikasi pantas. Notifikasi seperti panggilan, sms, alarm, serta aplikasi pihak ketiga yang lain boleh dipaparkan pada skrin Gear Fit. Dengan tali jam bolehubah, pengguna boleh memilih di antara warna hitam, oren dan kelabu untuk menepati citarasa mereka.

Cabaran Gym Gear Fit1

Cabaran Gym Gear Fit2

Cabaran Gym Gear Fit3

Cabaran Gym Gear Fit5

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: