Tip Menangkap Gambar Panda di Zoo Negara

Belum lagi berpeluang melawat 2 ekor panda comel yang belum lagi diberi nama di Zoo Negara, pasti ramai yang cuba mengambil foto bersamanya tetapi saya rasa anda akan dipisahkan dengan cermin yang melindungi haiwan tersebut.

Masalah untuk menangkap gambar haiwan di sebalik gelas akan berlakulah kepayahan seperti silau, pantulan cahaya, warna dan kotoran pada gelas.

Silau
Dalam menangkap gambar secara indoor, ia pasti memerlukan flash untuk exposure atau dedahan yang baik. Bagi mengelakkan silau flash pada gambar anda selepas merakam, tukar sudut atau lokasi flash. Tujuan utama adalah memastikan kawasan gelas dipenuhkan dengan cahaya. Apa yang boleh dilakukan, angkat flash memantulkannya ke atas.

Pantulan Cahaya
Pantulan cahaya yang mengganggu kadang-kadang datang dari subjek yang berada antara anda dan gelas. Dekatkan kamera anda ke gelas kalau boleh untuk mengelakkannya berlaku.

Warna
Kadang-kadang, bagi mengelakkan binatang bertindak agresif, gelas akan dibuat ‘tinted’. Walaupun tidaklah terlalu gelap, ia boleh menjejaskan warna. Warna panda mungkin sedikit lari. Untuk mengelakkan ia berlaku, anda boleh filter pada lensa ataupun lakukan post-processing.

Kotoran pada Gelas
Bergantung kepada berapa kerap pihak zoo memelihara zoo mereka, gelas yang kotor menyukarkan rakaman foto yang lawa. Pilihannya agak terhad, sama ada anda lap sendiri gelas atau cari spot yang bersih. Ataupun pergi pada awal pagi selepas pihak zoo baru selesai membersihnya.

Artikel ini disalin dari blog Daunpisan Yahoo! News20140523-111650-40610405.jpg

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: