Test Produk : HTC One M8

HTC One M8 telah diumumkan di peringkat antarabangsa pada 25 Mac 2014 lepas. Selepas hampir 2 bulan, ia akan tiba di pasaran Malaysia. Kami di TheSkop telah berpeluang untuk mencuba HTC One M8 ini secara lebih dekat.

Sekilas pandang, badan HTC One M8 ini kelihatan seketul besi. Dengan lebih 90% material dibuat dari besi, tidak silaplah jika kami katakan begitu. Namun kemasan besinya yang terlalu licin membuatkan ia kurang selesa untuk dipegang kerana ia mudah terlepas dari genggaman. Namun inilah hasil premium yang ingin dipertonjolkan HTC sejak HTC One M7 yang lepas.

Pada bahagian depan, skrin 5 inci memenuhi hampir seluruh ruang. Ia diapit di bahagian atas dan bawah dengan jaring pembesar suara, yang menghasilkan bunyi stereo. Logo HTC pula terpampang di atas jaring pembesar suara di bawah. Kurang pasti mengapa HTC meletakkan logo sebegini dan tidak menggunakannya untuk butang Home. Kamera hadapan terletak di tepi jaring pembesar suara atas dan LED notifikasi terletak di dalam jaring ini.

TheSkop-HTC-One-M8-depan

TheSkop-HTC-One-M8-belakang

Pada bahagian belakang HTC One M8, terpampang dua kamera yang menjadi ikon utama HTC One M8. Kamera kedalaman (depth) terletak di atas manakala kamera utamanya dengan teknologi Ultrapixel di bawah. Dua LED terletak di sebelah kiri kamera utama. Manakala perkataan HTC tertera jelas di tengah-tengah badan aluminium HTC One M8.

Di ruang atas HTC One M8, terdapat jalur hitam yang terbina di dalamnya pemancar inframerah. Ini boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal TV atau Astro. Di dalam jalur itu terdapat satu butang kuasa, untuk mengaktifkan skrin, serta menghidup dan mematikan peranti. Tetapi HTC One M8 dilengkapi ‘Motion Launch’ yang membolehkan skrin diaktifkan tanpa menekan butang kuasa, hanya sentuh skrin dan beberapa swipe pada skrin akan melancarkan aplikasi yang ditetapkan.

TheSkop-HTC-One-M8-atas

TheSkop-HTC-One-M8-bawah

Di sudut bawah terdapat 2 jack, jack mikro USB digunakan untuk mengecas bateri serta penghantaran data manakala satu lagi jack untuk output audio keluar, digunakan bersama earfon atau pembesar suara luaran.

Di sebelah kanan peranti, kelihatan slot tray untuk menambah memori menggunakan kad mikro-sd. Dibawahnya terdapat butang kawalan suara. Manakala di sebelah kiri peranti hanya terdapat slot tray untuk memasukkan nano simkad. Kedua-dua slot tray ini memerlukan pin atau jarum untuk mengeluarkannya.

TheSkop-HTC-One-M8-kanan

TheSkop-HTC-One-M8-kiri

Dari sudut software pula, HTC One M8 dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat beserta launcher buatan HTC sendiri, iaitu Sense 6. Sense 6 hadir dengan dua antaramuka, antaramuka biasa Android, serta Blinkfeed yang memaparkan berita terpilih terkini untuk bacaan segera dengan mudah. Jika anda biasa menggunakan Flipboard, pasti mudah untuk memilih berita Blinkfeed.

TheSkop-HTC-One-M8-KitKat

TheSkop-HTC-One-M8-UI

TheSkop-HTC-One-M8-Blinkfeed

Prestasi HTC One M8 memang mengkagumkan. Menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 801 dengan kelajuan 2.5GHz, GPU Adreno 330 serta 2GB RAM, memberikan markah pada Antutu benchmark sebanyak 35k, mengatasi Galaxy Note 3 & Xperia Z Ultra. Tetapi penggunaan berterusan semasa menggunakan GPS Waze dan bermain game perlumbaan Asphalt 8, kami mendapati HTC One M8 mudah berasa panas, mungkin kerana badan besinya yang mudah mengalirkan haba.

TheSkop-HTC-One-M8-Qualcomm

TheSkop-HTC-One-M8-Antutu

Malam ini, HTC Malaysia akan melancarkan HTC One M8 sekaligus mengumumkan penjualannya. HTC One M8 akan dijual pada harga RM2399, sama seperti harga Galaxy S5 dan iPhone 5S. Syarikat telekomunikasi seperti Maxis, U Mobile dan DiGi telah mengumumkan kesediaan mereka untuk menjual HTC One M8 dengan kontrak plan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.htc.com/sea/smartphones/htc-one-m8/

%d bloggers like this: