Oppo Find 7, Lebih Piksel

Oppo Find 7 dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1,998 yang bersaiz 5.5. inci yang selesa ketika dipegang.

Dengan berat 171-gram, ia bukanlah telefon pintar yang ringan. Bagi perbandingan, Samsung Galaxy Note 3 20-gram lebih ringan dari Oppo meskipun saiznya 5.7 inci.

Telefon dengan aluminium penuh seperti HTC One M8 pula hanyalah 160-gram, jadi Oppo sedikit melakukan kesilapan dalam soal berat produk.

Tahap kenipisan 9.2-mm juga agak tebal dengan resolusi Quad HD 2560 x 1440 piksel dan 538ppi, skrin telefon anda pasti menyerlah.

Apabila anda membuka telefon pada kali pertama, anda akan terus berjumpa dengan OS yang dibangunkan sendiri Oppo iaitu ColorOS, tema default dan launcher memang jauh berbeza dengan antaramuka Android biasa dengan ikon, font dan wijet yang eksklusif.

Kamera 13-megapiksel Sony Exmor IMX214 dengan sensor BSI yang mampu merakam video 4K.

Bateri sebesar 3000mAh pula memang cukup besar ditambah dengan teknologi khas iaitu Rapid Charge, sistem cas yang mampu mengecas dalam tempoh pendek.

Di atas kertas, Rapid Charge mampu mengecas 75 peratus bateri dalam masa setengah jam atau dua jam tempoh berbual selepas mengecas hanya selama 5 minit.
Prestasi

Dengan prestasi 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801 Quad Core dan GPU Adreno 330, ia nampak biasa tetapi RAM 3GB banyak membantu.

image

image

image

image

image

%d bloggers like this: