Lenovo perkenal Ultrabook tahan lasak, X1 Carbon Touch & Tablet 8

Lenovo baru-baru ini mengumumkan kemunculan 2 produk baru dari jenama Thinkpad iaitu Thinkpad X1 Carbon Touch dan Thinkpad Tablet 8. Sebagaimana model Thinkpad yang lain, Thinkpad X1 Carbon Touch dan Thinkpad Tablet 8 merupakan peranti yang berkuasa tinggi, tahan lasak dan mudah dibawa. Thinkpad X1 Carbon adalah sebuah Ultrabook dengan skrin 14-inci teringan dalam kumpulannya. Manakala Thinkpad Tablet 8 ialah sebuah tablet yang mampu berfungsi seperti komputer peribadi biasa. Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi Windows 8.
TheSkop-Lenovo-X1Carbon-Tablet8

ThinkPad X1 Carbon Touch

Ultrabook ThinkPad X1 Carbon Touch yang baru ini sangat ringan, hanya seberat 1.36kg termasuk pemacu dvd. Ia juga sangat tahan lasak kerana badannya yang diperbuat dari Carbon-Fibre, sejenis bahan yang lebih ringan dari aluminium dan magnesium, tetapi jauh lebih kuat dari keduanya.

Model X1 memang terkenal dengan rekabentuk yang menarik dan penggunaan yang sangat mudah. X1 Carbn Touch memperkenalkan fungsi Adaptive Keyboard, sebuah menu yang terletak di atas papan kekunci yang berubah mengikut aplikasi yang digunakan. Ia akan menampilkan butang pantas yang berseuaian dengan aplikasi yang sedang digunakan. Di samping itu, Ultrabook ini juga dilengkapi ‘gesture control’, sejenis kawalan menggunakan gerakan sentuhan pada skrin, yang banyak digunakan pada telefon pintar masakini.

TheSkop-Lenovo-X1Carbon-aksesori
Skrin X1 Carbon dengan teknologi ColorBurst menghasilkan gambar lebih jelas, terang dan tajam pada resolusi tinggi serta boleh dilihat dari lebih sudut. Ia boleh dibuka sehingga 180° menjadikan skrin dan papan kekunci sama rata seperti dulang. Baterinya dijangka mampu bertahan sehingga 9 jam dan dengan teknologi ‘Rapid Charge’, pengecasan sehingga 80% penuh boleh dicapai dalam masa kurang dari sejam.

Thinkpad X1 Carbon boleh didapati di pasaran sekarang dalam 2 model, skrin sentuh bermula dari RM7,229 dan bukan skrin sentuh bermula pada harga RM6,189.
spec X1 carbon

ThinkPad Tablet 8

Dicipta dari sebongkah aluminium dengan potongan jitu, Thinkpad Tablet 8 yang kompak ini memiliki semua yang diperlukan oleh profesional semasa bergerak. IA sebuah peranti mudah alih yang senang dibawa ke mana jua, tetapi memiliki sambungan mudah untuk kegunaan bersama papan kekunci dan monitor yang besar untuk pengalaman penggunaan seperti komputer peribadi biasa. 3 mod penggunaan bersama Tablet 8 ini: mod Tablet untuk kegunaan semasa bergerak, mod Desktop apabila disambungkan dengan papan kekunci & monitor, atau mod Khemah menggunakan ‘Quickshot Cover’.

Tablet8 Quickshot cover

Aksesori tambahan mampu memberi lebih fungsi kepada Tablet 8 ini. Seperti Quickshot Cover, gambar dan video boleh dirakam dengan mudah dan pantas. Hanya buka bahagian yang menutup kamera dan aplikasi kamera akan terus dilancarkan. Selepas dirakam, pengguna boleh mengubahsuai dan melihat semula pada skrin 8.3-inci atau menontonnya pada skrin lebih besar menggunakan sambungan tanpa wayar Miracast ataupun kabel mikro-HDMI.

ThinkPad Tablet 8 hanya boleh ditempah buat masa ini dan dijangka tiba pada bulan depan. Harganya bermula dari RM1,669 dalam 2 model Wifi dan 3G. Tiada model 4G akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Ikuti Facebook Lenovo Malaysia di www.facebook.com/LenovoMY dan Twitter @Lenovo_MY untuk berita terkini tentang produk Lenovo.

spec tablet 8

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: