Kualiti PRO di dalam poket : Sony Cybershot RX100 III

Siri Kamera Sony Cybershot RX100 yang digemari ramai jurukamera profesional, kini hadir dengan model baru. Direka dari aluminium yang terbukti ringan dan teguh menjadikan Cybershot RX100 III kelihatan menarik, dan mesra kembara sama seperti model sebelumnya. Lensa yang dinaik taraf dan cip pemproses yang lebih pantas dilengkapi viewfinder yang boleh disimpan OLED Tru-Finder™ yang diselaputi ZEISS® T* membuatkan previu gambar lebih jelas di mata.

Lebih lebar dan terang berbanding sebelumnya, lensa ZEISS® Vario-Sonnar T* 24-70mm F1.8-2.8 merakam segalanya dari lanskap yang luas kepada gambar portrait. Semua ini berjaya dilakukan dengan apertur yang sebesar F2.8, menjadikan subjek sebagai fokus berlatarbelakang imej bokeh. Lensa ini juga mempunyai kemampuan menangkap cahaya yang mengagumkan dengan shutter yang pantas menangkap objek yang bergerak laju.

Selain itu, viewfinder berkontrast tinggi OLED Tru-Finder™ menawarkan pandangan jelas dan terang. Permukaan optikal viewfinder dilengkapi selaput ZEISS® T* bagi mengurangkan pantulan cahaya dan memberi pemandangan yang jelas untuk gambar yang bakal diambil. Terdapat juga sensor yang mengubah secara automatik apabila anda mahu berubah  menggunakan viewfinder atau skrin yang tersedia.

RX100 III flash viewfinder  RX100 III viewfinder  RX100 III top  RX100 III lcd 180

Kesemua gambar dan video dirakam menggunakan sensor Exmor R CMOS dengan resolusi setinggi 20.1 megapiksel. Ianya lebih besar berbanding sensor biasa pada kamera kompak yang lain, memberikan kemampuan menghasilkan gambar berlatar kabur dan efek lain yang menjadikan gambar lebih menarik.

Kamera ini juga hadir dengan enjin pemproses BIONZ X terbaru untuk menangkap gambar cerah pada pencahayaan malap dan mengurangkan kadar bising gambar. Pemrposes baru ini adalah 3 kali lebih laju berbanding sebelumnya, memberi lebih kuasa untuk menghasilkan gambar yang lebih asli pada tekstur berlainan, mengurangkan pembelauan cahaya semasa penggunaan apertur kecil serta mengekalkan kejelasan gambar ketika kurang cahaya seperti di dalam bangunan atau waktu malam.

Pemproses BIONZ X ini juga berkuasa menghasilkan video yang menakjubkan. Cybershot RX100 III ini yang pertama menyokong format XAVC S yang efisien. Dari standard biasa, ia merakam video HD penuh sehingga 50 Mbps dengan artifak atau bising pada kadar paling minima, walaupun di tengah kesibukan kota yang penuh dengan pergerakan manusia dan kenderaan. Ia juga boleh merakam pada 100fps untuk menghasilkan pergerakan perlahan bola golf atau tenis yang dipukul. Video juga boleh dirakam tanpa gegaran dengan teknologi ‘Frame analysis’ dan penstabil 5-paksi yang digabungkan bersama pertama kali di dalam siri RX100 ini.

Walaupun kecil, RX100 III dilengkapi fungsi movie khas dari camcorder profesional Sony. Ia mampu menyimpan rakaman HD penuh pada storan luaran melalui HDMI. MOd dwi-rakaman membolehkan video dirakam pada format kecil MP4 disamping mengekalkan kualiti terbaik pada format AVCHD /XAVC S. Kamera ini mampu memaparkan gambar 4k untuk dilihat bersama TV 4k melalui kabel HDMI atau WiFi. Teknologi Triluminos Colour® memastikan gambar kelihatan asli seperti di ambil apabila dipaparkan pada TV BRAVIA yang serasi.

Peminat selfie pasti tertarik dengan skrin LCD 3-inci yang boleh dilipat ke atas yang memudahkan mengambil gambar selfie dari posisi atas atau bawah. Sambungan NFS & Wifi menambahkan kemudahan memindahkan gambar ke peranti lain.

Penggemar kamera pula pasti menghargai fungsi kawalan manual yang dilengkapi pada kamera ini. Fungsi ini boleh diletakkan pada butang custom atau roda kawalan mengikut kesesuaian pengguna. Roda kawalan dan butang fungsi boleh diubahsuai agar fungsi yang biasa digunakan mudah dicapai dengan pantas.

Kamera kompak digital Cyber-shot™ RX100 Mk III ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula bulan Jun hadapan.

spec rx100 iii

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: