Kedai Konsep Alcatel kini di Lowyat, dengan diskaun

Alcatel Malaysia terus mengembangkan jenama mereka. Hari ini, Alcatel merasmikan kedai konsep mereka yang pertama di Malaysia. Kedai konsep Alcatel yang pertama ini telah pun dibuka di Plaza Lowyat. Perasmian kedai konsep ini dibuat di Hotel Federal, Kuala Lumpur di samping penerangan tentang produk terbaru dan akan datang Alcatel.

TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-001

Pengurus TCT Mobile Malaysia, Encik KL Kong memberi ucapan alu-aluan sebelum mmeberi laluan kepada Pengarah Pasaran APAC TCT, Encik Micahel Chen untuk berkongsi maklumat tentang produk Alcatel. Menurut beliau, Alcatel mensasarkan untuk membuka 6 buah kedai konsep di seluruh Malaysia, yang mana kedai pertama dibuka di Lowyat dan kedai kedua akan dibuka di The Mines. 4 lagi kedai sedang dalam perancangan dan beliau tidak menolak Sabah dan Sarawak juga akan mempunyai sebuah Kedai Konsep Alcatel. Pelancaran Kedai Konsep Alcatel ini dengan warna tema biru, diserikan dengan kehadiran tarian naga dan paluan gendang.

TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-003  TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-005TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-004

Di samping kedai konsep, Alcatel juga akan melantik 20 Pusat Servis Bertauliah untuk menguruskan permasalahan dan waranti produk pengguna, sebelum berakhirnya tahun 2014. Buat masa ini, 13 buah pusat servis telah ditauliahkan dan Alcatel terus komited untuk menambahnya kerana memahami pentingnya servis selepas jualan kepada pengguna.

Bersempena pembukaan kedai konsep ini, Alcatel membuat promosi dengan memberi diskaun pada model telefon pintar One Touch mereka bermula hari ini sehingga 11 Mei 2014. Alcatel OneTouch Pop C9 dijual pada harga promosi RM649 daripada RM699, Idol S  daripada RM899, Idol X RM999 daripada RM1099, Idol X+ RM1199 daripada RM1299 dan Hero pada harga RM1299 daripada RM1399. Model lain yang terdapat di kedai konsep ini adalah Tango, Pop C1, Idol Mini dan Idol A. Pelanggan kedai ini juga berpeluang memasuk pertandingan ‘Spin n Win’ yang pasti dimenangi. Pada pelanggan yang berminat dengan promosi ini, boleh lah hadir ke Kedai Konsep Alcatel yang terletak di aras G, Plaza Lowyat.

TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-013  TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-014

Alcatel kini merupakan pengeluar telefon pintar ke-7 dunia. Untuk tahun 2014, Alcatel mensasarkan untuk menjual 2 kali lebih banyak peranti berbanding tahun lepas yang mana penambahan dianggarkan sebanyak 7%. Alcatel dijangka mengeluarkan beberapa model lagi untuk separuh tahun kedua 2014 dan model LTE pastinya akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-012 TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-011 TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-010

TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-008 TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-007 TheSkop-Kedai-Konsep-Alcatel-009

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia