Kaspersky No 1 pada ujian ketahanan AV-TEST

Kaspersky Internet Security (KIS) telah dinobatkan sebagai perlindungan terbaik selepas ujian demi ujian dibuat dari September 2013 hingga Februari 2014 oleh pakar Anti-Virus dari makmal persendirian, AV TEST. KIS menerima markah tertinggi untuk pengesanan malware sambil menggunakan operasi yang rendah dalam PC.

Sebanyak 27 produk antivirus diuji dari pembangun seperti AhnLab, Avast, AVG (berbayar dan versi percuma), Avira (versi berbayar), Baidu, Bitdefender, BullGuard, Check Point, Comodo, ESET, F-Secure, G Data, K7 Computing, Kaspersky Lab, Kingsoft, McAfee, Microworld, Norman, Panda Security, PCKeeper, Qihoo, Symantec, Tencent, ThreatTrack dan Trend Micro. Kesemua ini diuji dalam tiga kategori:

  1. Perlindungan – diuji untuk mengesan beberapa set malware baru dan yang belum diketahui
  2. Beban Sistem – Impak penggunaan antivirus terhadap prestasi PC dan masa yang diperlukan untuk memasang dan mengesan virus, serta memuat turun data.
  3. Penggunaan – Kebolehan mengesan program dan website yang bersih atau dijangkiti virus.

KIS menunjukkan prestasi paling cemerlang dalam ujian selama 6 bulan ini apabila mendapat markah 17.8 dari markah maksimum 18, iaitu 6 markah penuh dalam Kategori Perlindungan & Penggunaan, mengesan 100% daripada 60,000 malware yang dikenali serta mengesan kesemua 400 sampel ‘zero-day’ malware di lamanweb dan emel, dan mendapat markah 5.8 dari markah penuh 6 dalam Kategori Beban Sistem.1_12

2_10
Menurut Oleg Ishanov, Pengarah Penyelidikan Anti-Malware, Kaspersky Lab berkata, pengguna moden kini tidak mahu diganggu oleh virus malah antivirus juga. Kebolehan pengguna sistem secara berlebihan dan mengelakkan pengesanan virus palsu adalah sangat penting. Keputusan bagus yang diterima KIS menunjukkan tahap keselesaan yang dinikmati pengguna dalam menjaga sistem PC mereka.Oleg Ishanov
Kaspersky Lab sentiasa mempamerkan keputusan cemerlang dalam ujian ketahanan ayng dijalankan AV-TEST. Pada ujian dari Januari 2013 hingga Jun 2013, KIS mendapat tempat kedua. Maklumat lanjut berkaitan ujian ketahanan AV-TEST ini boleh dilihat di laman web mereka:
http://www.av-test.org/en/news/news-single-view/win-xp-7-81-internet-security-suites-complete-an-endurance-test-lasting-6-months/

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: