BBM Kini Ada Sticker, Foto Boleh Kongsi

Picture 01_BBM Chat with the Introduction of Stickers

BlackBerry kini memperkenalkan pelekat khas untuk aplikasi mesej BBM dalam semua platform termasuk Android, BlackBerry dan iOS menawarkan pelekat imej lebih ekspresif yang lebih besar dan emotikon yang membolehkan pengguna BBM menambah sesuatu dalam perbualan BBM mereka.

Pelanggan juga boleh dapat membeli dan memuat turun pek pelekat dari BBM Shop baru dalam BBM.

“Pelekat adalah satu lagi contoh yang baik bagaimana kami menjadikan pengalaman BBM yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk pengguna kami ,” kata David Proulx, Pengarah Kanan , BBM di BlackBerry. “Pelekat membolehkan anda memperibadikan perbualan anda dan berkongsi dengan orang di seluruh dunia yang bergantung pada pelekat dalam perbualan apabila mereka berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga.”

Pelanggan BBM akan dapat memuat turun pelbagai pek pelekat dalam BBM Shop. Setiap pek pelekat mengandungi antara 20 dan 25 pelekat dan mempunyai kandungan yang dibangunkan oleh artis-artis berbakat atau yang berkaitan dengan tema atau watak seperti CosCat , Gilbert Tales atau Bot Bubble. Pek pelekat juga memaparkan kandungan dari jenama yang popular termasuk Shaun the Sheep dan WWE. Untuk memulakan pembelian atau muat turun ditawarkan secara percuma, atau kos bermula USD1.99, hanya layari BBM Shop anda.

Selain pelekat, pelanggan BBM kini boleh berkongsi foto dalam perbualan dengan ramai orang. Foto akan dihantar di dalam bilik sembang sebagai thumbnail yang boleh dibuka untuk mendedahkan imej saiz penuh. Pelanggan BBM juga kini boleh menghantar foto, video dan pembentangan yang berkualiti lebih tinggi dengan pemindahan fail dalam perbualna lebih besar. Fail sehingga 16MB kini boleh dikongsi dalam perbualan iaitu peningkatan sebanyak 10MB.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: