ASUS ZenFone Tawar Telefon Harga Bajet

Zenfone 4
Zenfone 4
Zenfone 5
Zenfone 5
Zenfone 6
Zenfone 6
Zenfone 6
Zenfone 6

Bertepatan pada tarikh 15 April 2014, ASUS telah melancarkan telefon pintar Android terbarunya, iaitu Zenfone. Pelancaran ini dibuat di Hotel Pullman, Jakarta.

Zenfone dilancarkan dalam 3 model iaitu Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6. Nombor pada model ini menunjukkan saiz skrin iaitu 4 inci, 5 inci dan 6 inci. Zenfone akan hadir dalam pelbagai warna terang yang menarik seperti biru, kuning, merah, emas dan ungu.

Perkakasan Zenfone ini sangat menarik. Zenfone menggunakan cip Intel Atom yang sedia terbukti jimat tenaga. Manakala cip pemproses Zenfone 5 pula ditambah kebolehannya dengan teknologi Intel Hyper-Threading, iaitu menjadikan satu teras CPU menjalankan kerja seperti dua teras. Kesemua Zenfone akan ditawarkan dengan sokongan dual sim. Dengan harga mampu milik ini, Zenfone tidak hadir dengan data kelajuan 4G LTE.

Seperti yang disebut pada awalnya, skrin Zenfone adalah mengikut modelnya iaitu 4 inci, 5 inci dan 6 inci. Kesemuanya menggunakan kaca Corning Gorilla 3 untuk ketahanan lasak. Kamera untuk Zenfone 4 adalah biasa, tetapi untuk Zenfone 5 dan Zenfone 6 dilengkapi dengan teknologi PixelMaster, yang membolehkan gambar diambil cerah walaupun kurang pencahayaan.

Zenfone dijangka datang dengan sistem operasi Android 4.3 Jellybean tetapi Asus memberi jaminan Zenfone akan menerima kemaskini Android terbaru iaitu 4.4 Kitkat. Ia juga dijangka berada di pasaran Malaysia pada penghujung bulan April dengan harga mampu milik yang sangat menarik. Zenfone 4 akan dipasarkan pada harga RM299, Zenfone 5 pula RM599 manakala Zenfone 6 pula RM899. Harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah jika dibanding dengan peranti jenama lain pada kelasnya. Pra tempahan sudah boleh dibuat di beberapa kedai yang menjual telefon pintar Asus terpilih.

Jadi untuk pelajar atau mereka yang mempunyai bajet yang kurang, kami mengesyorkan Zenfone untuk berada dalam senarai teratas telefon pintar pilihan anda.

Spesifikasi ZenFone 6
Spesifikasi ZenFone 6
Spesifikasi ZenFone 5
Spesifikasi ZenFone 5
Spesifikasi ZenFone 4
Spesifikasi ZenFone 4
%d bloggers like this: