Vibe Z Bukan Telefon Biasa

Share Button

Vibe Z

Bukan sebarang telefon ‘Made in China’, Lenovo pantas menghasilkan Vibe Z yang memiliki tahap kenipisan 7.9mm dengan berat hanya 147 gram pada saiz 5.5 inci ditawarkan pada warna perak dan titanium.

Lebih menggembirakan, ia juga datang bersama pakej syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) yang menawarkannya pada pada pelan mPro dan mPro Plu dengan harga semurah RM988 (kontrak 24 bulan).

Manakala pengguna yang mahu membeli telefon saja boleh memperolehnya pada 15 April 2014 pada harga RM1,799.

Telefon LTE pertama Lenovo itu membolehkan muat naik data pantas 50Mbit/s serta muat turun menjangkau 150Mbit/s di samping rangkaian lain iaitu wifi dan bluetooth 4.0.

Vibe Z didatangkan bersama definisi 1920 x 1080 piksel IPS yang menyaksikan densiti piksel 400ppi bersama kelajuan pemproses Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz sesuai untuk berbilang tugas seperti menonton video, menyunting foto, membuka pelbagai aplikasi, bermain game atau sidang video.

Pada masa sama juga, telefon ini datang dengan RAM 2GB, memori 16GB dalaman serta diupayakan Android 4.3.

Kameranya pula beresolusi 13MP dengan apertur f1.8 dengan lensa sudut lebar 84 darjah.

Vibe Z 2

 

Apa komen anda?