Teori Konspirasi Samsung Dalam Galaxy S5

S5 2

Samsung akan melancarkan Galaxy S5 di Malaysia pada 27 Mac ini, setelah diperkenalkan di Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol pada bulan Februari lepas. Pelbagai khabar angin telah muncul sebelum ia diumumkan di MWC yang mana kebanyakan darinya ternyata benar bak disangka seperti imbasan cap jari (tiru iphone katanya), kalis air dan debu, rakaman video 4k, bateri yang dipertingkatkan dan beberapa penambahbaikan yang lain.

Tetapi tahukah anda, ada khabar angin yang memang sudah kuat bertiup bak taufan tetapi meleset apabila Galaxy S5 diperkenalkan di MWC yang lepas? Antaranya yang meleset ialah RAM 3GB seperti yang digunakan Note 3, skrin Quad HD 1440 piksel, kamera dengan penstabilan imej optikal (OIS), serta penggunaan material lebih premium seperti besi dan aluminium berbanding kulit tipu (faux leather?).

Adakah khabar angin ini semua benar memandangkan pelancaran Galaxy S5 di MWC diberi nama ‘Samsung Unpacked 2014 Episode 1’ yang mana mungkinkah pada Episod 2 nanti akan muncul Galaxy S5 dengan kuasa penuh yang membenarkan semua khabar seperti disebut di atas? Jika perkara ini menjadi kenyataan, sanggupkah anda melepaskan Galaxy S5 yang bakal anda miliki dalam masa dua minggu lagi untuk mendapatkan Galaxy S5 Episod 2 ini, yang mungkin muncul dalam masa dua bulan lagi?

AMARAN!! Samsung memang terkenal dengan kejatuhan harganya setelah muncul model baru walau pada masa singkat. Jadi tekadkan hati dan niat anda jika benar anda ingin terus memiliki Galaxy S5 Episod 1 ini nanti dan tidak menyesal apabila Episod 2 mula disiarkan. Renung-renungkanlah~

S5 2 S5Teoru

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: