Telefon Murah Harga Bawah RM 700

Share Button

Dengan harga barang yang semakin naik, tentunya kita akan lebih sensitif pada harga dan telefon berharga bawah RM 700 boleh dikatakan harga mampu milik yang adil untuk memiliki telefon pintar. Namun, perhatian seharusnya diberikan pada spefikasi telefon untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa depan. Antara spefikasi seharusnya diberi perhatian adalah bateri, RAM, pemproses, platform OS telefon tersebut dan skrin. Berikut, 5 telefon yang disenaraikan pada harga bawah RM 700 dan pada pendapat penulis telefon mampu milik yang berbaloi untuk dibeli atau sekurangnya diberi perhatian sebelum melakukan pembelian.

Nokia X b

Nokia X

Telefon yang berasaskan reka bentuk Nokia Asha ini menggunakan platform Android tetapi Nokia telah memodifikasi platform tersebut dengan membuang segala integrasi dengan Google termasuk Play Store dan mengintegrasikan dengan Microsoft dan Nokia. Play Store pula diganti dengan Nokia Store. Namun, HERE Maps masih ditawarkan bersama telefon ini dan aplikasi android masih boleh digunakan. Kamera pula hanya 3 megapixel dan agak mengecewakan.

Harga – RM399

 Motorola Moto G 8gb

Motorola Moto G 8GB

Lenovo telah mengambilalih Motorola baru-baru ini dan nasib Moto G selepas ini masih belum diketahui. Tetapi, telefon ini masih boleh didapati dan diklasifikasikan sebagai telefon Android terbaik pada harga murah. Moto G boleh digunakan dengan lancar sepanjang hari dengan bateri bersaiz besar 2070mAh, pemproses quad core 1.2ghz dan RAM sebanyak 1gb di mana pengguna boleh melakukan multi-tasking tanpa masalah. Skrin yang ditawarkan juga adalah HD ( 329 ppi) dan merupakan kalis air.

Harga – sekitar RM650

Sony Xperia M

Sony Xperia M

Telefon yang berharga RM 659 ini mempunyai sistem audio ClearAudia+, xLOUD dan 3D Surround Sound yang menjamin kualiti bunyi yang baik. Bateri pula didatangkan dengan Stamina mode yang membolehkan kegunaan sepanjang hari. Tetapi, telefon ini tidak begitu menarik dengan storan dalaman yang rendah dan masih menggunakan OS Jellybean. Sony dijangka akan mengantikan model ini dengan Xperia M2 dalam masa terdekat.

Harga – RM659

HTC Desire 300

HTC Desire 300

Walaupun kamera yang ditawarkan mempunyai 5 megapixel, skrin pula hanya WVGA dan RAM bersaiz 1gb. Selain itu, pemproses yang digunakan hanyalah dual-core Snapdragon (1Ghz). Dengan kegunaan kerap, kemungkinan besar telefon ini akan mempunyai masalah lag.

Harga – RM 699

 Nokia Lumia 525

Nokia Lumia 525

Telefon ini telah berada di pasaran agak lama dan platform yang datang bersama ialah Windows Phone . Pemproses merupakan yang sama seperti HTC Desire 300 tetapi RAM yang ditawarkan bersaiz 1gb, ini mungkin mengurangkan masalah lag. Bagi yang meminati Windows Phone, Nokia Lumia 525 merupakan telefon yang sesuai pada harga bawah RM 700.

Harga – sekitar RM 600

Walaupun terdapat pelbagai jenis telefon lain yang ditawarkan pada harga murah, pembeli harus berhati-hati dengan spefikasi telefon. Jika pembeli tidak mementingkan kualiti kamera, Nokia X merupakan telefon yang sesuai dan Nokia Lumia 525 pula sesuai bagi yang meminati Windows Phone. Bagi pembeli yang mahukan 4G LTE, boleh mempertimbangkan Blackberry Q5 yang berharga sekitar RM 780 dan aplikasi Android juga boleh digunakan. Namun, secara keseluruhan Motorola Moto G masih merupakan telefon yang terbaik di bawah harga RM 700 dengan spefikasi dan kualiti yang baik.

 

Apa komen anda?