LG G2 Mini Sedia Dilancar

LGE_G2+MINI+RELEASE+03[20140220110349834]-002

LG Electronics (LG) sudah bersedia melancarkan telefon LG G2 versi kompak, G2 mini yang disediakan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, putih, merah dan emas.

Ia juga datang dengan variasi pilihan seperti mempunyai satu atau dua slot kad SIM serta 3G atau 4G LTE.

Kalau syarikat memberi definisi kompak atau versi mini mereka terhad kepada saiz 4.5 inci ke bawah, LG pula menyediakan saiz skrin 4.7 inci dengan format skrin qHD IPS (960 x 540 piksel).

Sebagai versi kompak kepada telefon yang diiktiraf ‘Telefon Terbaik 2013’, G2 mini mengekalkan rekaan inovatif seperti dalam G2 dengan butang di belakang telefon untuk mengawal fungsi seperti merakam foto dan mengurangkan volum audio.

Telefon ini mempunyai kapasiti bateri 2,440mAh dan menggunakan pemproses quad core.

G2 mini akan mula dijual Mac ini.

Set spesifikasi

–    Pemproses:      1.2 GHz Qualcomm Quad-Core MSM8926 (LTE), MSM8226 (3G)

1.7GHz Nvidia Quad-Core Tegra 4i (LATAM LTE)

–    Skrin: 4.7-inci qHD IPS (960 x 540)

–    Memori: 8GB eMMC / 1GB RAM / SD

–    Kamera: Rear 8.0MP / 13.0MP (LATAM LTE version) / Depan 1.3MP

–    Bateri: 2,440mAh

–    OS: Android 4.4 KitKat

–    Saiz: 129.6 x 66.0 x 9.8mm

–    Berat: 121g

–    Rangkaian: Cat. 4 & VoLTE / Cat. 3(LATAM), HSPA+ 21Mbps (3G)

–    Sambungan: Bluetooth 4.0, WiFi (802.11 b/g/n), A-GPS, NFC (hanya untuk versi 4G LTE)

LGE_G2+MINI+RELEASE+01[20140220110349825]

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: