Operator Warna ‘Hijau’ Bakal Pasang 5G

Share Button

5G

Bagi yang sudah ke negara Korea Selatan. Anda pasti tahu keadaan capaian internet negara itu yang pantas. Dilaporkan, Korea satu-satunya negara yang mempunyai lebihan lebar jalur yang tidak digunakan sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, Korea bakal melabur lebih RM4.5 bilion untuk memasang capaian 5G yang 1,000 kali lebih laju berbanding 4G LTE. Ia bermakna, muat turun satu filem penuh bersaiz 800MB kini boleh dalam masa hanya satu saat.

Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologinya memaklumkan rangkaian 5G akan menjalani latihan percubaan pada tahun 2017 dan siap digunakan pada 2020. Syarikat yang bersedia sebagai operator 5G termasuk SK Telecom dan Korea Telecom di samping syarikat perkakasan seperti Samsung serta LG.

Bukan saja di Korea, satu operator terkemuka tanahair yang sinonim dengan warna hijau dikatakan akan menghantar wakil untuk berbincang tentang paten 5G.

Operator tersebut berminat mendapatkan kit ujian 5G bagi pemasangan beberapa menaranya manakala visi lebih besar untuk turut melabur sama dalam rangkaian tersebut.

Operator yang mengikuti rapat ujian yang dijalankan Samsung sebelum ini akan membuat pengumuman dalam masa beberapa bulan sekiranya kekalahan diperoleh di Korea.

Apa komen anda?