Test Produk: Sedang Menimbang Untuk Membeli Telefon Murah? Jom Baca

Oleh Shuk Sam

Kali ini TheSkop menguji Nokia Asha 501 yang sudah pun berada di pasaran. Telefon Symbian terbaru dengan harga mampu milik. Pernah nampak?

First time tengok macam comel je. Warna pun memang segar dan menarik. Buat teringat kembali kepada model-model lama nokia.

GAMBAR-PARA-1

Sekarang kalau nak up skit jadi trendsetter mesti kena ada iPhone. Kalau tak nak jadi ifag angkat je Samsung, HTC dan jenama lain. Bagi generasi Y, Nokia sentiasa membawa seribu kenangan.

Nokia Asha 501, jika dilihat kepada spesifikasi yang diberi memang dikira tak power. bukan quad core, kamera berkualiti sederhana tapi cukup untuk bersosial di dunia maya. Dikuatkan lagi dengan dual sim sesuai untuk mereka yang suka berskandal. tak perlu la diterangkan sangat pasal hardware dia semua.

 UI-asha

Apa yang paling penting, korang masih mampu berfacebook, wechat, line, foursquare dan bertwitter. Harus diingat telefon ini bukan telefon Android. Butang yang ada hanyalah butang ‘back’ dan anda pasti ada masalah di awal penggunaan jika anda seorang pengguna android. Asyik nak tekan butang ‘home’ je.

Kenapa Asha 501 hanya ada 1 butang sahaja? Sebabnya ianya menggunakan swipe UI dan beroperasi sepenuhnya dengan sentuhan. Swipe sana swipe sini tetap akan kembali tempat yang sama. Memang mudah nak guna dan sangat smooth.

Dari segi kegunaan untuk bercamwhore, kamera hanya 3.2mp sahaja tetapi kualiti gambar masih boleh berpuas hati. Lihat perbandingan gambar antara Asha 501 dengan Samsung GT-I8552. Telefon ini juga mampu merakam video dengan kualiti rendah.

beza-gambar

Dilengkapi dengan wi-fi tetapi maksimum kelajuan adalah setakat 2g sahaja. Telefon mahal support 4g sekalipun tak guna juga kalau connection macam *****!. Bayar mahal tapi servis murahan. Pfffttt.

Akhir kata, telefon ni memang user-friendly. Tak perlu serabut kepala. Swipe atas, bawah, kiri atau kanan mesti jumpa apa yang dicari. Nice!

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: