Pentax K-3 Imbau Kenangan Lama DSLR

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jika anda sudah biasa menggunakan jenama Pentax dalam bidang fotografi menggunakan kamera DSLR, anda mungkin mahu dengar jenama tersebut kini datang lagi dengan model baru Pentax K-3 yang mempunyai resolusi 24MP bersama sistem 27 poin AF.

Malah kamera tersebut kini datang dengan kelajuan rakaman 8.3 imej sesaat ditambah pula kawalan dedahan lebih tepat yang disokong 86,000 piksel sensor RGB dan imej cantik diperlihatkan pada skrin 3.2 inci LCD (1,037,000 dot panel).

Tahap sensitiviti sehingga ISO 51200 juga membawakan perincian imej meskipun di bawah tahap cahaya yang kurang bermakna gambar malam jauh lebih lawa tanpa flash.

Dengan teknologi pengurangan gegaran PENTAX SR manakala modul SAFOX 11 AF memberi maksud 27 sensor bagi memperluaskan pengesanan imej dengan lensa F2.8.

Manakala optik baru dalam ‘viewfinder’ memberikan gambaran 100% lebih jelas dan terang dengan sistem coating pada gelas yang direka untuk menidakkan pantulan cahaya yang mengganggu pandangan pada gelas tersebut.

Anda turut berupaya merakam video HD penuh 1920 x 1080 piksel 30fps dalam format H.264 manakala fungsi mikrofon memberikan audio jelas.

Satu lagi fungsi tambahan ialah dengan memasukkan kad memori khas FLU CARD FOR PENTAX 16GB membolehkan pengguna melepaskan shutter dan melihat kembali imej dirakam terus dari telefon pintar.

Kamera ini dijual pada harga RM4,199 (body sahaja) atau RM4,899 (lengkap dengan lensa 18-55mm).

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: