Pelancongan Angkasa Dengan Bayaran RM232,500 Sahaja!

 

Enjoy World’s View

Manusia sering teruja untuk terbang seakan Superman dan mengimpikan untuk menerokai langit yang jauh tinggi di atas melepasi lapisan ozon yang ada. Ada yang bertanya, mampukah kita menerokai angkasaraya meskipun bukan seorang angkawasan?

Jawapannya ada dalam teknologi apabila beberapa syarikat mula menawarkan dan mengkomersialkan percutian angkasa dan mula sibuk menyediakan pelan-pelan pakej tertentu yang bersesuaian.

Salah satu syarikat, Virgin Galactic tidak ketinggalan dan akan mula menawarkan percutian angkasa bermula pada tahun depan dengan bayaran minimum sebanyak kira-kira RM600,000. Tapi jangan terkejut, sekiranya anda anggap ia mahal, satu lagi syarikat, World View Enteprises menawarkan pakej lebih murah!

Enjoy World’s View 2

Pakej lebih murah membolehkan anda menikmati pandangan ruang angkasa dari atmosfera dengan perbelanjaan kira-kira RM232,500 satu kepala pergi dan balik hanya di mana anda hanya boleh menikmati minuman dan pandangan sebentar di atmosfera.

Secara ringkasnya anda akan menaiki kapal angkasa dan melancong menggunakan kapal angkasa berbentuk kiub dengan tekanan belon dengan pelancongan sehingga ketinggian sehingga 30 kilometer di angkasa. Meskipun ia jarak yang pendek dan masih dianggap termasuk dalam kategori penerbangan antarabangsa yang mana jaraknya sehingga 70 kilometer, ia masih membolehkan pemandangan yang cantik.

Penerbangan angkasa tersebut akan mengambil masa kira-kira 90 minit dengan kelajuan 1,000 kaki setiap minit yang kemudiannya berlegar-legar di angkasa kira-kira dua jam sebelum turun semula dalam masa 40 minit saja.

Enjoy World’s View 3

Penumpang akan dibekalkan dengan kabin dalam kapsul tersebut yang membolehkan mereka menikmati pandangan menarik bumi. Namun World View Enterprise hanya dijangka mengambil penumpang pertama pada 2016 apabila penerbangannya diluluskan agensi FAA.

Saksikan video syarikat tersebut:

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia