Isu Keselamatan Lebih Mencabar Tahun Depan

CSM-ACE

Isu keselamatan merupakan perkara penting dalam pembangunan negara memandangkan ia memberi kesan operasi secara positif atau negatif.

Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada ekosistem keselamatan yang turut memerlukan kawalan rapi dari pelbagai pihak.

Malah, keselamatan siber antara industri baru dijangka mampu melonjakkan ekonomi negara berdasarkan pengeluaran penyelesaian, pensijilan dan perkhidmatan penilaian diperkenalkan pada masa depan.

Ia dipersetujui Dr Amirudin Abdul Wahab selaku Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia yang memaklumkan industri tersebut dijangka lebih kukuh dengan beberapa projek baru di bawah inisiatif Digital Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.

“Sektor keselamatan juga menjadi sebahagian daripada inisiatif Digital Malaysia yang menyasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) 17 peratus daripada jumlah keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mampu membuka 180,000 peluang pekerjaan baru menjelang 2020,” terang beliau ketika Persidangan dan Pameran CSM-ACE.

Dalam acara yang sama, Dr Amirudin turut mendedahkan peningkatan kes buli siber yang mencecah 407 kes sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 300 kes yang dicatatkan sepanjang tahun 2012 yang lepas.

Angka tersebut membimbangkan dan merisaukan apatah lagi ia mungkin lebih tinggi memandangkan mungkin banyak kes yang tidak dilaporkan.

 

 

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: