Test Produk: iPhone 5c (Berita Baik Kepada Si Cantik Macam Anda)

iPhone  5c - warna pink

Baiklah, akhirnya kami memperoleh sendiri iPhone 5c. Ramai yang meneka dengan salah apabila menganggap ‘C’ bermaksud murah apabila Apple mendedahkan ia sebenarnya adalah warna atau color. Selepas dipegang, iPhone 5c menceritakan sesuatu kepada kami di theskop.com.

Secara jujur, dengan harga serendah $549 yang diperoleh melalui iPhone 5c, ia bukan dianggap murah meskipun harganya hampir $100 kurang daripada 5s. Kalau anda mahu mendapatkan telefon dengan ciri lebih baik, anda sebenarnya boleh beli Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925 yang kebanyakan harganya telah dimurahkan.

Namun produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri yang menjadikan harga bukan ukuran. Iphone bukan pada peranti itu tetapi rasa premium memakainya. Anda bukan beli telefon tetapi anda membeli jenama. Contohnya, anda makan di hotel dengan masakan yang anda sebenarnya boleh dapat di gerai tepi jalan. Tetapi rasa makan di hotel dan makan di gerai tepi jalan ada bezanya. Bukanlah mahu dikatakan berlagak tetapi kebanyakan pengguna iPhone sebenarnya boleh masuk dalam kategori tersebut.

iPhone 5c seakan Nokia Lumia 625 dengan warna-warninya serta rekaan polikarbonat pada kerangka memang menunjukkan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi rekaan. Tidak hairan, Nokia mengejek Apple selepas pelancaran iPhone 5c.

Terus-terang kami katakan, kombinasi warna pada iPhone 5c tidak sehebat kombinasi warna pada Lumia 625. Senang cerita, warna Lumia 625 lebih cantik. Tapi body iPhone 5c tidak terlalu licin jadi selesa saja ketika digenggam.

Tapi kami theskop.com pasti, akan ada syarikat aksesori yang akan mengeluarkan banyak cover atau kasing telefon ini.

Kekuatan 5c sama saja jika anda sedang memakai model 5. cuma rekaan dan warna saja yang membezakan kedua-duanya. Skrinnya 1136 x 640 piksel Retina yang sama juga dengan model 5s. Tetapi pemproses A6 memang kami patut puji disebabkan operasi pada pemproses A6 ke atas menjadikan iPhone lebih laju. Leret saja dari skrin ke skrin lain tidak mendatangkan masalah.

Kami di TheSkop.com memang sukakan pemproses yang dibangunkan Apple. Ia memang lancar dan jarang mendatangkan masalah. Ditambah pula ciri iOS7 yang sudah diulas sebelum ini memang memberikan kekuatan baru pada iPhone 5c. Ia sekaligus membezakannya dengan produk Android atau Windows Phone.

Sehingga kini, ramai yang beranggapan 5c adalah ‘iPhone Bajet’ tapi ia ternyata bukan begitu! Kami rasakan, iOS7 akan lebih membantu pengeluaran iPhone pada kali ini.

Kami menguji produk yang berwarna merah jambu jadi kami rasakan warna ini memang sangat cantik kalau wanita seperti anda yang memegangnya!

Perbezaan iPhone 5c dengan 5s adalah seperti berikut:

 

 

  iPhone 5s iPhone 5c
Harga 649 (16GB), $749 (32GB), $849 (64GB) $549 (16GB), $649 (32GB)
Warna perak, kelabu, emas Putih, merah jambu, kuning, biru, hijau
Saiz 123.8 x 58.6 x 7.6mm 124.4 x 59.2 x 8.97mm
Berat 112g 132g
Cip A7, M7 A6
Rangkaian GSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA

Wi-Fi, bluetooth 4.0

GSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA, Wi-Fi, bluetooth 4.0
Pengesan cap jari Ada Tiada
Saiz 4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina 4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina
Kamera 8 megapiksel dengan 1.5 ultrapiksel

apertur f/2.2

flash True Tone

mod Burst

 

8 megapiksel

apertur f/2.4

flash LED

Video slo-mo Ada Tiada
Penggunaan Internet 8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi) 8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi)

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia