Telefon Harga Patut Dengan Warna Biru Merah

HTC Desire 500_Red_Phone_Front and Back Flat

HTC memperkenalkan telefon kelas pertengahanm Desire 500 yang berkuasakan prosesor 1.2GHz quad core dengan kemudahan antaramuka HTC Blinkfeed serta Video Highlights yang memendekkan beberapa video anda kepada tempoh masa 30 saat untuk dijadikan tema pada muka depan.

Desire 500 mempunyai kamera 8.0 megapiksel dengan kamera depan 1.6 megapiksel selain memiliki prosesor khas ImageChip yang memproses semua foto dan video HD.

Ia dipaparkan di skrin 4.3 inci dimana HTC BlinkFeed akan turut mempamerkan 2,000 sumber-sumber media dan berita daripada AOL, ESPN, MTV dan sebagainya.

Telefon tersebut mempunyai memori dalaman 4GB dan menyokong kad memori mikroSD sehingga 64GB yang akan dijual pada pilihan warna biru dan merah pada harga RM899.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: