Tak Guna Ada iPhone Kalau….

Amok

Apa guna jika anda pemakai telefon iPhone sekiranya tidak memuat turun satu aplikasi iaitu Amok yang memang syok dimainkan sehingga anda lupa segala tekanan belajar atau kerja.

Sebenarnya, aplikasi inilah yang membolehkan anda meluahkan perasaan marah atau geram dengan ‘membunuh’ musuh-musuh ketat di sekeliling apabila anda berlakon sebagai Jebat, melawan seorang raja memerintah dengan gaya kuku besi pada zaman dahulu kala di Melaka.

Ataupun anda bayangkan saja anda mahu memukul bos atau pensyarah atau cikgu anda yang jahat, pukul saja ketika bermain game ini, eh!

Terdapat banyak pilihan skil ketika anda bermain untuk menewaskan musuh dengan 3 karektor berbeza (Damak dan Teja) yang turut mempunyai kemahiran unik masing-masing dengan lebih 100 tahap kesukaran untuk ditempuh.

Bukan senang mahu kalahkah semuanya, jadi naluri ‘marah’ anda akan bertambah untuk terus ke peringkat seterusnya dan seterusnya hinggalah anda puas bertarung ditambah 10 jenis persekitaran yan g baru dikemaskini.

Setiap musuh akan diakhiri dengan bos masing-masing. Pastinya lagi tinggi tahap bos jahat tersebut, lagi sukar untuk bertarung tapi bersabarlah. Ingat sasaran anda dan hentam saja menyentuh skrin iPhone tapi jangan sampai pecahkan skrin.

Amok dikategorikan sebagai permainan 2D ‘scroller hack’ dan slash yang mana anda bermain sebagai pahlawan ultra berkuasa. Anda akan ditemani Damak dan Teja, wanita misteri yang memutuskan untuk menemani Jebat dalam perjuangannya. Ketiga-tiganya terpaksa berhadapan dengan segerombolan musuh dan ketua yang mempunyai kuasa berlainan.

Rasailah kekuatan Jebat yang mempunyai kapasiti kuasa menakjubkan yang diperoleh ketika bertarung seperti pukulan maut dan sebagainya. Berita baiknya, ia tidak membosankan jadi anda perlu memindah turun sendiri aplikasi dihasilkan pembangun tempatan ini.

Adakah anda perlu bayar untuk aplikasi ini? Oh tidak, ia percuma.

Amok 4 Amok 2 Amok 3

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: