Blackberry Z30 Dilancar Secara Rasmi Di Malaysia

DSC03749

Blackberry secara rasmi melancarkan model terbaru Z30 yang akan dipasarkan pada 5 Oktober di Malaysia & Hong Kong dengan Celcom akan menjadi syarikat telekomunikasi pertama memasarkannya secara eksklusif selama 2 minggu.

Blackberry Z30 akan dijual pada harga RM1,998 dengan sistem operasi terbaru Blackberry 10.2

Model tersebut tampil dengan dengan ciri baru termasuk BlackBerry Now and BlackBerry Natural Sound. Saiz telefon ni 5.0 menjadikannya phablet pertama BlackBerry setakat ini.

Skrinnya beroperasi pada format 1280 x 720 piksel pada Gorilla Corning Glass 2 dengan prosesor 1.7GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro bersama GPU QuadCore Adreno 320 selain memori 2GB.

Ia dilengkapkan dengan kamera 8MP dengan ketahanan bateri 25 jam pada pelbagai guna yang menggunakan kuasa 2880mAh. BlackBerry sebelum ini telah menghasilkan peranti Z10, Q10 dan Q5 pada 2013.

Versi 10.2 mempunyai 1,600 ciri perisian terbaru.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: