Nintendo Lancar ‘Adik’ 3DS,2DS Penuh Stailo!

Nintendo 2DS

Agak mengejutkan apabila Nintendo secara tiba-tiba memperkenalkan konsol mudah alihnya kepada bentuk tablet yang dipanggil 2DS yang mempunyai reka bentuk seakan 3DS cuma tanpa ‘hinge’ dan tidak disertakan dengan grafik tiga dimensi.

Laporan AGN menyebut ia akan datang dengan warna merah dan biru manakala bahagian depannya berwarna putih atau hitam bergantung kepada rantau negara masing-masing dan dijual pada harga $129 apabila ia dipasarkan pada 12 Oktober nanti.

Dengan harga tersebut anda akan memperoleh ‘tablet’ dengan dwi skrin, kamera depan belakang, pembesar suara, jek fon telinga 3.5mm dan kad SD 4GB.

Ia dikategorikan sebagai keluarga 2DS bermakna anda boleh memainkan game Nintendo DS seperti biasa dan boleh mengakses aplikasi 3DS seperti Nintendo eShop.

Setakat ini, Nintendo dikatakan mensasarkan 2DS kepada pemain yang baru berjinak dengan konsol mudah alih sesuai juga dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.