Jay Chou Promosi Produk Baru Kaspersky

KLab-JayChou

Kaspersky Lab, pembangun terkemuka perisian pengurusan kandungan dan ancaman keselamatan, memberikan gambaran sepintas lalu edisi terbaru produk konsumer yang menjadi kemegahan firma itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi – Kaspersky Internet Security 2014 (KIS 2014) Premium PC Protection dan Kaspersky Anti-Virus 2014 (KAV 2014) Essential PC Protection.

Edisi terbaru produk-produk ini kini diperkuatkan dengan perlindungan, prestasi dan kebolehgunaan yang lebih baik, serta fokus baru terhadap sosialisasi. Bagi menangani ancaman yang sentiasa berubah, produk-produk utama Kaspersky Lab ini didatangkan dengan ciri-ciri baru termasuk teknologi ZETA Shield, Trusted Application Mode dan kefungsian Anti-blocker.

Produk-produk ini sedang menjalani fasa terakhir pengujian beta dan telah menerima maklum balas yang memberangsangkan. Ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jay Chou, bintang antarabangsa ternama dan duta jenama Kaspersky Lab bagi Asia Pasifik, diiringi oleh Encik Harry Cheung, Pengarah Urusan Asia Pasifik Kaspersky Lab, Encik Jimmy Fong, Pengarah Jualan Saluran Asia Tenggara Kaspersky Lab dan Encik Len, Pengarah Urusan Tech Titan Sdn Bhd hadir di majlis pelancaran produk utama Kaspersky Lab dan TECH TITAN Data Force 1, kelengkapan pensiferan USB dan anak kunci antivirus yang akan menggunakan teknologi KIS 2014.

Ahli muzik, penyanyi, penulis lagu, produser muzik dan filem, pelakon dan pengarah dari Taiwan itu dilantik sebagai duta jenama Kaspersky Lab bagi Asia Pasifik pada tahun 2012. Pelancaran KIS 2014 merupakan penampilan sulungnya di Malaysia sebagai duta Kaspersky Lab.

Menurut Encik Harry Cheung, Pengarah Urusan Asia Pasifik Kaspersky Lab, jenama tersebut merupakan pemacu inovasi dalam menyediakan perlindungan keselamatan kepada para pelanggannya. Pendekatan kreatif yang digunakan dalam produk dan kerjasama telah menarik ramai pengguna di kalangan pengguna umum, korporat dan rakan usahasama.

“Kami telah memeterai usahasama dengan sebilangan firma antarabangsa yang berkongsi nilai yang serupa bagi membangunkan platform strategik bagi menangani isu keselamatan siber dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan kami sebagai pendahulu dalam produk keselamatan. Kami bekerjasama dengan 80 buah rakan dagang global termasuk firma, antaranya Scuderia Ferrari, Qualcomm Technologies, Microsoft, IBM, D-Link dan Facebook. Kemasukan Jay Chou ke dalam jujukan jenama terkenal ini menguatkan lagi ‘brand recognition’ kami di Asia Pasifik terutamanya di kalangan ‘digital natives’,” said Mr. Cheung.

Encik Cheung menambah kreativiti Jay Chou yang unik serta inovasi dan kecemerlangan beliau di segenap segmen industri hiburan merupakan padanan yang sesuai bagi sikap berdikari, semangat inovasi dan kecemerlangan Kaspersky Lab dalam menyediakan produk dan perkhidmatan pengurusan keselamatan dan ancaman.

“Jay Chou tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan komuniti Cina di seluruh dunia. Beliau merupakan penghibur serba-boleh dan usahawan dengan keunikan, semangat inovasi dan kreatviti yang menjadi padanan yang sesuai dengan Kaspersky Lab. Beliau merupakan penghasil dan pengguna kandungan digital dan maklum balas beliau berkenaan cabaran yang berkaitan dengan kandungan digital telah memberikan kami gambaran bagi memperbaiki KIS 2014 dan KAV 2014. Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan beliau dan berharap untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi di masa akan datang, ” kata Encik Cheung.

“Ini merupakan kali pertama saya mengendors produk keselamatan IT,” kata Jay Chou. “Sebagai pelanggan tetap produk Kaspersky Lab, saya berbesar hati dapat menjadi jurucakapnya, kerana keselamatan digital penting bagi saya dan peminat saya. Perisian hasad bukan sahaja mengganggu pengalaman online kita, ia juga boleh membawa kepada pendedahan maklumat sulit dan kehilangan wang. Saya berharap menerusi kerjasama dengan Kaspersky Lab ini, saya mampu meningkatkan kesedaran awam mengenai keperluan melindungi diri ketika berurusan secara online,” kata Jay Chou.

“Saya berpeluang terlibat dalam pengujian beta KIS 2014. Saya dapati ia menawarkan perlindungan premium walaupun bagi pengguna berat seperti saya yang sentiasa menggunakan Internet. Dapatkannya sebaik saja ia terjual!” tambah beliau.

Menurut Encik Jimmy Fong, Pengarah Jualan Saluran Asia Tenggara Kaspersky Lab, edisi 2014 produk ini dibangunkan bagi menyediakan perlindungan yang komprehensif dan intuitif terhadap ledakan dan kepelbagaian ancaman yang semakin kerap menjadikan urus niaga kewangan sebagai sasaran. Begitu juga halnya dengan kecurian data peribadi.

Berdasarkan rekod Kaspersky Lab, lebih daripada 200,000 perisian hasad muncul setiap hari manakala 1.6 billion serangan rangkaian berjaya dihalang dan 2.7 billion jangkitan bawaab web dicegah setiap bulan. Urus niaga kewangan online menerusi bank, sistem pembayaran seperti PayPal dan e-kedai menjadi semakin popular dengan lebih satu billion pembelian secara online bernilai lebih $1.2 trillion direkodkan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, trend urus niaga online ini membawa risiko kepada pengguna: lebih 40% daripada laman pemancing data yang dikenal pasti adalah laman pembayaran online dan organisasi kewangan.

“Kaspersky Internet Security 2014 menyediakan perlindungan PC premium terhadap kesemua ancaman Internet, termasuk yang paling sofistikated sekali pun, bagi memastikan anda sentiasa selamat untuk berurusan dengan bank, membeli belah, melayari Internet, berhubung dalam media sosial, bekerja dan lain-lain.  Teknologi seperti Anti-blocker, Trusted Application Mode dan ZETA Shield serta Safe Money dan Secure Keyboard memastikan anda selamat dan melindungi urus niaga kewangan anda dengan bank, sistem pembayaran seperti PayPal dan e-kedai. Di samping itu, Kaspersky Internet Security 2014 teroptimum untuk prestasi terbaik, jadi ia tidak melambatkan anda ketika menggunakan sepenuhnya potensi Internet,” kata Encik Fong.

Ciri yang ada pada KAV/KIS 2014 adalah:

·       Perlindungan Lebih Baik Secara Keseluruhan. Kaspersky Lab sentiasa berusaha membangunkan teknologi baru untuk berada selangkah di depan penjenayah siber. Untuk KAV/KIS 2014, teknologi ini termasuk ZETA Shield, Trusted Applications Mode dan Anti-Blocker untuk perlindungan serta-merta daripada ancaman terbaru yang sofistikated.
·       Perlindungan Kewangan. Teknologi Safe Money yang diperbaik memastikan keselamatan urus niaga kewangan menerusi bank, sistem pembayaran seperti PayPal dan e-kedai.
·       Prestasi Lebih Baik. KAV/KIS 2014 teroptimum bagi memastikan produk beroperasi pada kelajuan maksimum dan tidak mengganggu pengguna untuk kebanyakan senario dengan perhatian khusus kepada Windows 8.
·       Better Usability. KAV/KIS 2014 teroptimum agar mudah digunakan, terutamanya pemasangannya yang mudah, penggunaan Settings dan Parental Control.

Majlis hari ini juga merupakan peristiwa penting bagi inovasi Kaspersky Lab apabila ia meluaskan usahasamanya dengan Tech Titan, pembangun TECH TITAN Data Force 1, kelengkapan pensiferan USB dan anak kunci antivirus yang mensulitkan dan melindungi data di dalam pemacu USB MSC. Pemacu termasuk cakera Blue-Ray, DVD, CD-R, pemacu kilat USB, kad kilat dan cakera keras. Kaspersky Lab menyediakan teknologi keselamatan di dalamnya.

“Saya gembira kerana Kaspersky Lab meluaskan usahasamanya dengan Tech Titan selepas kejayaan kami membangunkan produk antivirus mudah alih pertama di dunia tahun lepas, Tech Titan T-Drive Pro, yang direka untuk dipasang pada dan dilancarkan daipada storan USB. Kaspersky Lab berharap TECH TITAN Data Force 1 akan menawarkan perlindungan siber yang lebih inovatif dan mudah kepada kepada lebih ramai pengguna,” kata Encik Fong.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: