[EKSKLUSIF] Dua Lagi Foto iPhone 5s Terdedah

iPhone 5s (1) iPhone 5s (2)

Dua lagi foto yang dikatakan iPhone 5s diperoleh kami dari individu yang bekerja dengan salah satu syarikat berkaitan telekomunikasi tempatan yang bersedia meminjamkannya untuk sedikit tontonan menunjukkan bahagian tepi telefon pintar yang bakal diperkenalkan Apple bulan depan.

Apple dijangka melancarkan iPhone 5s (ya, mereka akan menggunakan nama ‘S’ dibelakang dan bukannya 6) pada September nanti dan satu laman web dari China menyebut ia akan menjadi lebih hebat dengan kemaskini segar.

Meskipun ia dikatakan masih mengekalkan arkitektur Swift Dual Core, grafiknya akan lebih diperbaharui. 3 Core asal GPU PowerVR SGX543MP3 akan dikemaskini kepada Quad Core PowerVR SGX 554MP4.

Manakala RAM akan ditambah sekalhi ganda kepada 2GB sementara terdapat maklumat yang 80% tepat mengatakan kameranya akan dikemaskini kepad 12 megapiksel dengan dua lampu LED. Tidak dilupakan, telefon ini akan menyokong LTE-Advance.

Lebih menakjubkan, ia dikatakan akan menggunakan sensor cap jari untuk mengesan pemakainya dan teknologi NFC juga dihadirkan bersama. Untuk itu, Apple dijangka akan lebih aktif dalam pembangunan produk berkaitan e-dagang.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: