Wajah Ashton Kutcher Sebagai Pemegang Watak Steve Jobs

Wajah Ashton Kutcher yang ditukar kepada Steve Jobs. Foto AP

Sebuah filem biografi berkisarkan kehidupan pencipta Apple, Steve Jobs iaitu ‘Jobs’ akan mula ditayangkan bulan depan menampilkan aktor terkemuka, Ashton Kutcher sebagai pengganti karektor selain turut dibintangi Dermot Mulroney, Matthew Modine dan Josh Gad.

Jobs akan ditayangkan pada 16 Ogos.

Filem ini memaparkan kisah Jobs dari 1971 hingga 2000 serta mengetengahkan karakter insan penting dalam hidup lelaki berkenaan, selain peristiwa yang membawanya ke mercu kejayaan.

Diarahkan Joshua Michael Stern hasil tulisan Matthew Whitely, filem ini dirakam oleh jurukamera terkenal, Russell Carpenter dan diterbitkan Mark Hulme.

Filem tersebut menyaksikan karakter lelaki itu diserlahkan dengan lebih mendalam. Ia sebuah kisah berpaksikan kepada pengucapan dialog yang kukuh dalam memaparkan kehidupan tokoh teknologi ini.

Lagi foto Kutcher sebagai Jobs. Foto Mashable
Lagi foto Kutcher sebagai Jobs. Foto Mashable

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: