Kelantan Dapat UniFi Tidak Lama Lagi

peta kelantan

Kelantan bakal mendapat perkhidmatan Unifi lebih meluas apabila kerja naik taraf ibu sawat peringkat pertama di Kota Bharu bermula hujung tahun ini siap sepenuhnya.

Ia diumumkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari selepas menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Perluasan perkhidmatan Unifi di negeri Kelantan dilaksanakan di bawah program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara berfasa oleh Telekom Malaysia,” katanya.

Setakat ini hanya perkhidmatan jalur lebar talian tetap Streamyx telah disediakan di kawasan-kawasan utama di Kelantan dengan kelajuan antara 4MB/sesaat dan 8MB/sesaat, bergantung pada lokasi pelanggan. – Bernama

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: