Huawei Ascend P6 Mula Ditawarkan di Malaysia

Ascend P6

Huawei baru saja memperkenalkan telefon pintar ternipis di dunia iaitu 6.18mm beroperasi pada pemproses Quad Core 1.5GHz selain kamera 8 megapiksel melalui Ascend P6 yang dibawa masuk ke Malaysia pastinya memberi berita baik jika mahu membeli gajet raya dengan harga RM1,399.

Sebelum ini, TheSkop yang menghadiri pelancarannya di Singapura ketika CommunicAsia 2013 dan kini mengikuti pelancaran sama di Malaysia juga sempat merakam foto Huawei Ascend P6 serta dimaklumkan Huawei membawa masuk semua warna ditawarkan iaitu hitam dan putih manakala warna merah jambu ditawarkan pada Oktober nanti.

Syarikat yang berpengkalan di China membawa masuk P6 lengkap dengan pemproses K3V2 Quad Core 1.5GHz, RAM sebanyak 2GB selain storan dalaman 8GB. Namun Huawei berkata mereka hanya mengeluarkan telefon pada versi 3G manakala versi LTE masih dalam tempoh perbincangan dalaman syarikat.

Ia akan beroperasi pada OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI sendiri yang seakan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps. Skrinnya pula 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) yang menyaksikannya lebih cantik dan peka sentuh.

Setakat ini, Huawei banyak menumpukan pasaran Eropah dengan tempahan memberangsangkan dari United Kingdom, Portugal dan Perancis. Ia mensasarkan jualan sebanyak 10 juta unit bagi pasaran di seluruh dunia.

Huawei sebelum ini baru saja melancarkan phablet Ascend Mate bersaiz 6.1 inci yang mendapat sambutan menggalakkan.

Baca artikel yang diterbitkan Jun lepas: http://theskop.com/?p=4958

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: