Bungkusan iPhone 5C Telah Siap?

Foto kredit Weiphone
Foto kredit Weiphone

Terdapat sebuah gambar yang dipaparkan di sebuah forum di China, Weiphone yang dikatakan menunjukkan bungkusan-bungkusan plastik untuk iPhone baru yang dinamakan iPhone 5C.

Banyak blog berpendapat, nama iPhone 5C bakal merujuk kepada telefon pintar baru Apple yang juga model murah iPhone namun teka-teki juga timbul apabila ramai yang membuat spekulasi berkaitan nama ‘C’ tersebut.

Ada yang berkata ia bermakna ‘Cheap’ (murah), ‘Cost’ (kos) dan sebagainya namun disebabkan bungkusan tersebut dikatakan dikilangkan di China, berkemungkinan juga ia hanyalah bungkusan untuk satu lagi iPhone tipu ‘Made In China’ yang kebiasaannya akan menunjukkan kesilapan pembuatannnya.

Kini hampir setahun selepas iPhone ‘terbaru’ iPhone 5s berada di pasaran namun model paling laris ialah iPhone 5. Apple pula dikatakan bakal mengeluarkan dua versi iPhone selepas ini yang dikategorikan sebagai iPhone murah dan iPhone mahal.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: